stp 728x90-en

+ Reply to Thread
Results 1 to 8 of 8
  1. #1
    joney's Avatar
    joney is offline Pengetua Ehoza

    is .............. dead!
     
    I am:
    Tired
     
    joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Pass Away
    Posts
    8,902
    Points
    3,593.64
    Thanks
    193
    Thanked 96 Times in 63 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    182690

    Thumbs up Tindik...fesyen, pengaruh rakan atau kepuasan diri

    Tindik...fesyen, pengaruh rakan atau kepuasan diri

    SAKIT TAK?

    “KENAPA? To improve their self,” itulah jawapan yang keluar dari jurutindik profesional Ronny Lai apabila ditanyakan i-Kon mengapa begitu ramai remaja sekarang yang memilih bertindik sebagai budaya paling bergaya masa kini. “Malah katanya, lebih 60 peratus daripada pelanggannya terdiri daripada remaja wanita, berbanding lelaki yang kebanyakannya memilih seni hiasan kulit tatu (tattoo) sebagai daya penarik diri masing-masing.



    Ini diikuti pula dengan keberanian remaja wanita yang bertindik di kawasan selain telinga, terutamanya kawasan sekitar mulut seperti lidah, bibir, hidung dan ada juga di puting dada masing-masing.

    Namun, apa tujuan mereka? Jika berpandukan jawapan Ronny tadi mungkin ada benarnya, bertindik menurutnya banyak merubah personaliti seseorang individu untuk lebih berkeyakinan dan mencuba sesuatu yang baru.

    Walaupun begitu, katanya, budaya bertindik mempunyai hubung kait yang jelas dengan perkembangan semasa, sama ada bagi tujuan fesyen, pengaruh rakan sebaya mahupun untuk kepuasan diri semata-mata.

    Seorang remaja, Rafidah Abdul Rahim, 13, berkata bertindik dapat memberi ketenangan dalam jiwanya selain dapat mengurangkan tekanan hidup dalam dunia remaja yang serba mencabar.

    “Sejak darjah enam lagi saya sudah mula bertindik lebih daripada satu di kawasan telinga. Bila tengok kawan ada yang bertindik di tengah lidah saya berkenan dan ingin mencuba.

    “Mula-mula tu ingatkan sakit. Sejuk juga tangan sebelum buat. Tapi tak sangka pula prosesnya terlalu singkat dan tidak menyakitkan. Lebih penting kaedah yang digunakan cukup mementingkan kebersihan,” katanya yang bertindik di lidah.

    Sementara itu, Dian Mayasari Mohd, 20, yang bertindik pada lidah dan pusat berkata, ibu bapanya tidak pernah melarang untuk dia bertindik.

    “Bertindik memberi kesan yang kekal. Tak seperti membeli pakaian, selepas dipakai beberapa kali akan jemu, hilang ataupun tidak dipakai lagi. Bukankah itu menyeronokkan?” katanya.

    Bagi Pengurus Promosi EMI Malaysia (Antarabangsa), Nik Marina Nik Mat, 31, keputusannya bertindik di tengah lidah dan pusat lebih setahun lalu bukanlah daripada ajakan kawan ataupun pengaruh media cetak dan elektronik.



    Ia adalah keputusannya sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru dan boleh dikatakan juga untuk mencari keseronokan.

    “Saya tidak peduli dengan pendapat orang ramai terhadap saya. Semuanya adalah keputusan sendiri dan berani atau tidak, saya perlu menghadapinya sendiri, bukannya orang lain.

    “Bagi saya orang akan cuba mencari sesuatu isu untuk membincangkan mengenai orang lain, walaupun kita melakukan perkara baik. Itu sudah menjadi kebiasaan manusia mencari kesilapan individu lain,” katanya.

    Berlainan pula bagi wartawan hiburan akhbar Malay Mail, Joe Lee, 29 yang menganggap tindik sebagai lambang kebebasan dalam kehidupannya.

    Kali pertama dia bertindik ketika di berusia 15 tahun iaitu pada telinga sebelah kiri, diikuti telinga kanan dua tahun selepas itu dan telinga kiri sekali lagi ketika usianya 17 tahun.

    “Cuma 10 tahun selepas itu, saya mula menambah tindik di kawasan muka seperti hidung, lidah, bawah bibir dan kening. Semuanya lapan subang.

    “Kalau orang boleh pakai gelang atau jam tangan, mengapa tidak bertindik. Lagipun ia cantik. Ia sekadar aksesori hiasan,” katanya yang akan membuka semua tindiknya itu bila usia mencecah 30 tahun.



    Lokasi:

    Red Dragon Tattoo,
    F123, Tingkat 1,
    Sungei wang Plaza, Kuala Lumpur.
    Tel: 012-673 7888
    Waktu operasi: 12 tengah hari-9 malam.



    Apa kata pakar agama?

    (USTAZ MOHD ZAWAWI YUSOH,
    PENSYARAH UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIA)

    Pandangan Islam berhubung remaja wanita yang bertindik lebih dari satu tempat?
    Ustaz: Kaum wanita sememangnya disunatkan bertindik di telinga sebagai simbol menghias diri. Itu adalah kelebihan atau fi trah yang diberikan kepada mereka.

    Bagaimanapun bila bertindik di tempat lain, sehingga memudaratkan dan mengganggu kesihatan, budaya ini boleh melanggar fitrah serta membawa banyak keburukan.

    Bagaimana pula dengan lelaki? Adakah bertindik digalakkan kepada mereka?
    Ustaz: Golongan lelaki memang tidak digalakkan bertindik. Ia termasuk dalam dosa kecil dan jika diamalkan boleh menjadi dosa besar.

    Pandangan agama bila remaja lelaki atau perempuan bertindik secara keterlaluan?
    Ustaz: Budaya remaja tempatan masa kini khususnya wanita banyak berkiblatkan Barat. Bagi mereka jika mereka mengikut budaya Barat mereka sudah dianggap maju. Sama juga seperti seorang kanak-kanak berpakaian orang dewasa.

    Remaja Islam hari ini sudah hilang identiti Islamnya, sebab itu mereka gemar meniru Barat. Remaja lelaki yang bertindik boleh di sama ertikan mereka menyerupai wanita. Walaupun fi zikalnya masih gagah, tapi mereka tetap menyerupai wanita.

    Remaja seperti ini, tidak boleh diajak berperang atau menjadi penegak bangsa dan agama.

    Adakah jika lelaki bertindik ia boleh menghalang daripada mereka menjadi wali atau imam?
    Ustaz: Jika seseorang lelaki itu bertindik, maka tahap kepercayaan masyarakat terhadap kemampuan mereka sebagai imam akan berkurangan.
    Cuba perhatikan, adakah imam yang bertindik? Lagipun untuk menjadi imam atau wali bukan terdiri daripada golongan jahil. Tambahan pula budaya ini boleh menjurus kepada kata fi tnah masyarakat dan mengganggu statusnya sebagai manusia beriman.

    Bagaimana pula dengan amalan ibadah mereka seperti sembahyang atau membaca al-Quran. Adakah amalan mereka sah?
    Ustaz: Sah. Cuma kurang sopan dipandang.

    Bagaimana cara terbaik memujuk remaja supaya tidak bertindik?
    Ustaz: Remaja perlu didekati bukan suruh mereka mendekati kita.
    Di Malaysia, kita kurang program mendekati remaja. Wang yang dikumpulkan di masjid sepatutnya dibelanjakan bagi tujuan ini bukan untuk memperbaiki masjid saja. Bila adakan ceramah pula, jemputlah penceramah muda.

    Seterusnya, mendidik remaja adalah jihad paling besar bukan setakat dirikan masjid atau membantu golongan anak yatim dan fakir miskin saja.
    Sebenarnya ramai remaja hari ini sekarang yang yatim dari segi pendidikan agama mereka. Maksudnya ibu bapa mereka jahil dalam pendidikan agama.



    Apa kata mereka?

    Norhafizah Daud, 23, Johor
    “Saya sama sekali tidak berkenan. Ia bukanlah budaya masyarakat Timur dan orang Melayu kita. Lagipun kurang elok dipandang mata, apa lagi mungkin agak sakit bila ditindik di tempat selain telinga”.

    Nooraelin Ahmad, 20, Perak
    “Cantik? Nampak rimas adalah. Mungkin tujuan mereka hanya untuk menarik perhatian orang ramai. Bagi saya kalau lelaki bertindik lagi pelik, juga bagi remaja perempuan yang bertindik di tempat-tempat lain. Lagipun agama melarangnya”.

    Anita Omar, 31, Terengganu
    “Saya mengajar di sebuah universiti tempatan dan saya dapati ramai pelajar universiti kini bertindik, di tempat yang macam-macam, terutamanya pelajar perempuan. Saya sedar ia sekadar suka-suka atau terpengaruh dengan rakan. Bagaimanapun, bertindik tidak boleh dikaitkan dengan kemerosotan prestasi pembelajaran mereka. Ada yang lebih pintar daripada yang tidak bertindik”.

    Azmin Arabi, 26, Kedah
    “Nampak janggal. Kalau mengikut batasan agama, ia sama sekali dilarang dan bagi lelaki mereka tidak boleh bergelar wali selagi bertindik. Mungkin bagi agama lain, ia tidak mengapa. Tak kira lelaki atau perempuan, ia kurang sesuai. Bagi perempuan tak perlulah bertindik di tempat lain cukuplah sekadar di telinga saja,”.

    M Al Maudoodi Ab Halim, 24, Pahang
    “Kalau diberi pilihan antara wanita bertindik dan tidak bertindik, saya akan memilih tidak bertindik. Rasa kurang selesa dengan wanita bertindik. Saya percaya trend bertindik selain di telinga hanyalah kerana dipengaruhi perubahan fesyen saja,”.

    Hafeezuddin Abdul Razak, 28, Melaka
    “Sama ada perempuan bertindik atau tidak, itu tidak menjadi ukuran saya. Bagi perempuan itu hanya sekadar perkakas hiasan mereka. Bagaimanapun jika berlebihan, tak kira kepada lelaki atau perempuan ia akan menyukarkan ketika urusan mandi hadas besar,”.

    Asmak Rosli, 21, Perlis
    “Jika mengikutkan hak asasi manusia, ia tak salah. Bergantung pada tempat ditindik, kalau di telinga atau hidung, tak mengapa, lainlah di tempat lain. Tapi kalau mengikut budaya Timur dan batasan agama, bagi saya ia kurang sesuai,”.

    Suraya Shariff, 22, Pulau Pinang
    “Selalunya bila bertemu dengan seseorang yang bertindik, maka cara berkomunikasi kita juga akan berubah dengan mengikut cara mereka. Ini membuatkan kita kurang selesa. Ia ada kaitan dengan personaliti seseorang,”.


  2. The Best Spread 468x60ms

  3. #2
    sharksuke's Avatar
    sharksuke is offline Full Time Supporter

    is back to be Ehozarian
     
    I am:
    Awesome
     
    sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kuantan
    Age
    31
    Posts
    2,543
    Points
    2,099.04
    Thanks
    55
    Thanked 121 Times in 86 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    27624
    aku plg x suka tgk org btindik..
    macam lembu..
    x kesah r diorang tindik kt mana pn..
    mmg aku cop lembu diorg..
    geng2 ehoza xyah ler btindik.
    huduh.



  4. #3
    firas's Avatar
    firas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    firas will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kajang-ser
    Posts
    901
    Points
    347.70
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    591
    usahla bertindik...
    bkn lawa pon...nmpak pelik..
    utk yg pompuan tu nak bertindik kat telinga tu normal la...
    tapi kalo dah penuh satu telinga tu...itu mmg nmpak hodoh giler...
    'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'



  5. #4
    mistikus's Avatar
    mistikus is offline Junior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    mistikus is on a distinguished road
    Join Date
    Mar 2007
    Age
    49
    Posts
    11
    Points
    3.60
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    0
    Quote Originally Posted by sharksuke View Post
    aku plg x suka tgk org btindik..
    macam lembu..
    x kesah r diorang tindik kt mana pn..
    mmg aku cop lembu diorg..
    geng2 ehoza xyah ler btindik.
    huduh.
    kalo pompuan tu masih cantik lg la kalo bertindik telinga. kalo tindik lain, tu dah mcm bitch jek. mcm pelakon citer blue pun ada. tapi kalo lelaki yang bertindik, nauzubillah.... takleh jadik wali tu.... last time, adik aku pun tindik telinga die. aku nmpk, mengamuk, trus tarik anting2 tu sampai rabak telinga die. puas ati aku. ngada2 nak tindik. wat malu kaum kerabat jek. org sekeliling mengutuk lagi ada. kalo bukan islam, maybe ade la consider sket...



  6. #5
    sharksuke's Avatar
    sharksuke is offline Full Time Supporter

    is back to be Ehozarian
     
    I am:
    Awesome
     
    sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kuantan
    Age
    31
    Posts
    2,543
    Points
    2,099.04
    Thanks
    55
    Thanked 121 Times in 86 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    27624
    kt tliga bleh ler trimer..
    nampk cam subang..
    tp cuba tgk yg tindik kt perut..
    eee..
    mau aku tarik..
    tp takut plak aku kene tarik ngan pakwe dier..
    btindik nie ada apa2 simbol ker..
    ke nk kasi nampak ruged jer.



  7. #6
    4dy's Avatar
    4dy is offline True Ehoza's Supporter
    is menyesuaikan diri di tempat baru
     
    I am:
    Awesome
     
    4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    P101
    Age
    33
    Posts
    9,718
    Points
    3,378.18
    Thanks
    211
    Thanked 178 Times in 150 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    4873
    macam citer 300 je brtindik byk2 hehehe..



  8. #7
    sharksuke's Avatar
    sharksuke is offline Full Time Supporter

    is back to be Ehozarian
     
    I am:
    Awesome
     
    sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kuantan
    Age
    31
    Posts
    2,543
    Points
    2,099.04
    Thanks
    55
    Thanked 121 Times in 86 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    27624
    300 ada yg btindik ker..
    aku rasa jahat jer yg btindik..
    muka x ingt bertindik..
    kalu btindik lam filem xper r..
    nk wat cmner..
    layan sket org nk tgk.



  9. #8
    firas's Avatar
    firas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    firas will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kajang-ser
    Posts
    901
    Points
    347.70
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    591
    Quote Originally Posted by sharksuke View Post
    300 ada yg btindik ker..
    aku rasa jahat jer yg btindik..
    muka x ingt bertindik..
    kalu btindik lam filem xper r..
    nk wat cmner..
    layan sket org nk tgk.
    layan ker???
    'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'


  10. FXOpen 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Pengaruh Rakan Sebaya Penyebab Murtad DISelangor
    By zamreda in forum Isu Semasa 2010
    Replies: 14
    Last Post: 07-03-2010, 03:15 PM
  2. Pereka Fesyen Malaysia Di Paris Mahu Promosi Fesyen Islam
    By nikridzuan in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 0
    Last Post: 20-12-2009, 01:53 AM
  3. Hilang sekolah lama gambar atau rakan-rakan ????
    By yapear in forum Jokes, Pranks
    Replies: 16
    Last Post: 09-08-2009, 06:40 PM
  4. Tindik maut
    By hpmfl2002 in forum Isu Semasa 2008
    Replies: 1
    Last Post: 21-11-2008, 04:29 PM
  5. Edry jejaki kepuasan diri
    By hpmfl2002 in forum Info & Selebriti
    Replies: 1
    Last Post: 27-06-2008, 10:52 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
The Best Spread 160x600ms

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads