Tema : Panggilan Pulau Ehoza 2010
Tempat : Pangkor Rimba Kem & Chalet
Pulau Pangkor, Perak
Tarikh : 02 – 04 April 2010 (3Hari 2Malam)
Tarikh dipilih berdasarkan result poll yang telah Ehozarian semua undi di Sini
PENDAHULUAN
Hi ehozarians yang dihormati,
Sepertimana yang dijanjikan serta termaktub, saya bagi pihak semua warga kerja forum ehoza.com dan chatbox ehoza ingin menjemput semua rakan-taulan kami di sini ke pembuka tirai event 2010 iaitu, major event Panggilan Pulau Ehoza (PPE 2010) yang akan berlangsung sepertimana di atas.
Tujuan kami memilih lokasi di Pulau Pangkor adalah selaras dengan undian yang telah dibuat sebelum ini dan ianya menjadi salah satu matlamat asal iaitu menarik lebih minat dari kalangan ehozarian Region Utara untuk turut serta menyertai kerana sebelum ini ramai yang merungut major event Ehoza berlangsung jauh dari Region Utara.
Walau bagaimanapun, lokasi Pulau Pangkor juga terpilih agar tidak jauh pula ke utara bagi kalangan mereka yang datang dari region-region lain di Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian, kami ingin menarik perhatian anda semua agar dapat menyertai kemeriahan major event yang bakal berlangsung kelak.
Perancangan teliti telah dibuat oleh team activiti Ehoza yang bertungkus-lumus memperincikan segala tindakan agar kelicinan event adalah terjamin walaupun kita semua tahu bahawa mereka juga mempunyai tugasan pekerjaan memasing di luar. Kami senantiasa mengutamakan keperluan-keperluan anda di dalam forum mahupun ketika sebarang event yang telah berjaya direalisasikan selama ini.
Kami juga akan cuba membantu anda dari ketika anda hendak bertolak ke destinasi di atas sehingggalah anda pulang ke rumah masing-masing setelah selesainya PPE 2010 kelak. Beberapa thread yang dijangka perlu untuk memberi khidmat sokongan telahpun dibuka agar dapat dimanfaatkan bersama, i.e Car Pool, Checklist barangan, dsb.
Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan pada anda bahawa rebate sebanyak RM30 telah disediakan bagi pelajar SEPENUH MASA yang tidak bekerja. Rebate ini akan dihadkan bagi sejumlah pelajar dan berkemungkinan akan dinilai dari masa ke semasa mengikut permintaan.
Khidmat skim ansuran juga disediakan agar mempermudahkan pengurusan kewangan anda di mana ehozarian yang ingin pergi boleh mencarum sebanyak RM70 sebulan (atau mengikut kemampuan memasing) kepada saya sendiri di mana nombor akaun saya ada tertera di posting #3 di bawah. Namun kami menggalakkan sekiranya anda dapat mencarum duit bayaran tersebut pada kami seberapa awal yang mungkin bagi mempermudahkan tugas-tugas kami, lagipun duit deposit telah kami bayar pada pihak Resort. Skim caruman ini amat bermanfaat jika berlakunya scenario di mana anda fikir duit anda mencukupi jika dibayar sekaligus pada minggu terakhir pendaftaran PPE 2010, namum ada kecemasan lain pula yang timbul, di sini faedahnya.
Chalet yang bakal didiami adalah menghadap pantai dan akan cuba diusahakan agar kita mendiami bersebelahan antara satu sama lain di dalah resort yang dikatakan satu-satunya resort tepi pantai di kawasan Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
Namun ingin dimaklumkan bahawa taraf chalet kita adalah amat sederhana dan bukanlah bertaraf bintang-bintang manapun, sekadar selesa untuk didiami bagi menjamin kemampuan kewangan semua Ehozarians yang ingin menyertai PPE 2010, harap memahami lah yer.
Harga rate bilik yang diperolehi oleh team kami adalah amat berpatutan serta flat rate, yakni tidak dipengaruhi oleh kadar harga cuti umum dan hujung minggu, ianya flat rate serta padat dengan aktiviti termasuk makan-minum, pengangkutan feri dsb sepertimana disebutkan di posting #3.
Kami menyarankan kepada anda agar memberi perhatian kepada aspek keselamatan ketika beriadah kelak dan tidak mengambil remeh perkara ini walaupun bagi aktiviti-aktiviti yang akan dipimpin oleh ‘guide terlatih’ nanti.
Kami menyeru anda semua tidak kira yang lama mahupun baru menyertai kemeriahan PPE 2010 yang bakal mengorak langkah ehoza yang lebih panjang bagi merapatkan silaturrahim antara sesame kita hendaknya terutama bagi yang masih belum bertemu sua tu, janganlah dikhuatiri kerana anda pasti tidak akan segan, malah segan hendak pulang disebabkan keakraban Ehozarians yang terjalin, tanyakan pada mereka-mereka yang pernah menjadi ‘user-baru’ Ehoza, no regret
Jikalau anda semua ada pertanyaan di mana info berkaitan isu kemusykilan anda tidak ada tertera di posting #1, #2 & #3, silakan bertanya pada
Kahar & Apect bagi sebarang penjelasan.
But mohon baca DAHULU thread sebelum membuat pertanyaan, kesian diaorang.
Sebelum itu, kami juga ingin memaklumkan bahawa andaikata jika ada di antara penama-penama di dalam senarai penghutang yang berkeliaran dalam forum ehoza.com mendaftarkan diri nama mereka pada program PPE 2010, maka secara automatik nama mereka digugur serta disekat from joining program tersebut kerana dikhuatiri perkara-perkara negatif di sana kelak UNLESS jika segala hutang-piutang tersebut dilangsaikan oleh individu-individu berkenaan
Akhir kata, kami mempersembahkan kepada anda Aturcara Program PPE 2010 sepertimana berikut :-
DAY 01
12:00pm : Gathering at Lumut Jetty
01:00pm : Departed by Ferry to Pangkor Jetty
01:30pm : Arrival at Pangkor Jetty, Depart to Pangkor Rimba Kem, Check-in to room
02:15pm – 03:15 : Lunch
04:30pm : Telematch
08:00pm : BBQ Dinner
DAY 02
08:00am : Breakfast
09:00am : Jungle trekking
12:30pm : Lunch
02:00pm : Snorkeling trip
04:30pm : Treasure Hunt
08:00pm : Dinner, Prize Presentation & Karaoke
DAY 03
08:00am : Breakfast
09:00am : Free-Activity
12:30pm : Check-out
12:45pm : Pusing keliling pulau menaiki van
03:00pm : Depart by ferry to Lumut Jetty.
03:30pm : Arrival at Lumut Jetty
* aktiviti boleh berubah tanpa notis awal
Aktiviti-Aktiviti Optional (arrangement sendiri by eHozarians) :-
- Canoe / Kayaking : RM 30 per day (beserta Guide)
- Snorkeling Trip by boat : RM 15.00 per person (include mask/snorkel/life jacket) (beserta Guide)
- Banana Boat : RM 10 per person (Min 7 pax)
- Jet ski : RM 80.00 for 20 minutes (Own Ride)
- Abseiling : RM 500.00 per group
- Tour around island by boat : RM 10.00 per person (beserta Guide)
- Flying Fox : RM 500.00 per session
- Car Rental : RM 80.00
- Karaoke : RM 300.00 per session
- Kitchen & Equipment : RM 80.00 per day
- Wireless : FREE
- Projector : RM60.00 per day