buat pertama kalinya, ehoza akan cuba utk membalas jasa semua members yang gigih, tekun dan rajin dalam mengumpul epoints. mungkin juga antara forum yang pertama menjalankan sistem sebegini.
Redemption akan dijalankan dalam bentuk download attachment di mana setiap attachment mempunyai nilai2 tertentu iaitu jumlah epoint yang hendak ditebus. bermakna, setiap attachment yang mempunyai lebih dari sekali downloadnya, telahpun ditebus. so, kalau la korang semua gatal nak download attachment yang telah ditebus, takleh nak cakap apa la. burn mcm tu je la epoint korang. takde refund2 aaaa.
pada peringkat awal, hadiah yang ditawarkan ialah Topup prepaid handphone (maxis, celcom, digi) tetapi ianya dalam kuantiti yang terhad. ini kerana pihak kami sedang berusaha gigih bagi mengumpul dana untuk menyediakan sejumlah perbelanjaan yang, agak besar la jugak bagi menyediakan semua hadiah2 ini dan perlu diingatkan, ianya tidak ditaja oleh sesiapa melainkan dari pihak kami juga (Ehoza Enterprise). jadi, sila faham dengan budget kewangan kami yang terhad. melainkan jika anda juga ingin menyumbang sama hadiah2.
hadiah2 yang boleh ditawarkan sebenarnya tidak terhad. kalau ada sesiapa yang nak menaja hadiah seperti PS3, bagusnya alhamdulillah
bagi mereka2 yang menjalankan perniagaan, atau berminat untuk membuat advertising di ehoza, juga akan dikenakan bayaran epoint ini dimana harga advertising akan ditentukan kemudian. jika tidak cukup epoint, bolehlah berurusniaga dengan mana2 jutawan ehoza
pembayaran RM kepada pihak kami tidak akan diterima sama sekali bagi menyokong sistem ini berjalan lancar dan memberi faedah kepada user2 lain yang ade ribu riban epoint.
walau bagaimanapun, sistem redemption ini masih dalam peringkat beta lagi bermakna ianya boleh berubah dari masa ke semasa bergantung pada keadaan.
kenapa sistem sebegini diadakan?
ini kerana ianya sememangnya telah lama dirancang semenjak sistem epoint diperkenalkan lagi. tapi oleh kerana kekurangan idea, dan budget, projek ini terpaksa ditangguhkan buat sementara. tapi pihak kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan cuba melengkapkan perjalanan plan ni secara tersusun. yang mana boleh buat, kita buat dulu. bukan bermakna kami lembab buat kerja, tapi kerana tak nak yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
ini juga salah 1 cara pihak kami menghargai anda semua yang setia bersama ehoza, dan sentiasa memberikan cadangan supaya ehoza akan menjadi lebih baik. syabas untuk anda semua. ehoza diwujudkan bukan atas kepentingan peribadi, tapi ianya adalah untuk kepentingan semua setelah aku meneliti byk forum2 yang wujud kat internet.
PERINGATAN UNTUK ADMIN YANG LAIN DAN SUPER MOD
anda dilarang sama sekali untuk mengambil bahagian dalam sistem redemption ini. ini kerana sistem epoint ehoza mempunyai multiplier tersendiri di mana super mod akan mendapat 3 epoint bagi 1 epoint yang diperolehi user biasa. dan admin mendapat 5. jika anda ingin mengambil bahagian juga, sila kemukakan persetujuan untuk membatalkan multiplier ini, dan kesemua total epoint anda akan dipotong sebanyak 2/3 dari jumlah sedia ada (this explains why joney's epoint is so much huh
)
buat masa sekarang, belum ada jumlah yang pasti untuk dinilaikan berapakah value bagi 1 epoint ehoza. tp oleh kerana sistem ini tiada kawalan seperti kawalan mata wang, maka ia akan bertambah dan bertambah dari masa ke semasa. maka value epoint ehoza juga akan berubah dari masa ke semasa. buat masa sekarang, value yang dicadangkan ialah
100,000 epoint = RM 0.10
bermula dari sekarang, hargailah setiap epoint yang anda perolehi. kerana anda tidak akan tahu, apakah kejutan yang bakal kunjung tiba dari pihak kami. every existence, has it's own reason
jangan tanya aku mcm mana nak tambah epoint selain dari bergiat aktif di forum. ade byk lg cara bergantung pada kreativiti masing2. sila refer pada rules sedia ada di bahagian announcement. atau sila PM mana2 senior user dan mana2 moderator
juga ingin ditekankan, sebarang pertanyaan melalui PM berkenaan hal redemption kepada aku tidak akan dilayan, melainkan troubleshooting dan arahan yang telah diberikan sahaja dikecualikan. sebarang pertanyaan, sila buat di thread ini SAHAJA