Bagi menghangatkan lagi program Ehoza Goes Nature, apa kata jika kita mengimbau kembali kenangan-kenangan terindah sekitar di Family Day Ehoza suatu ketika dahulu. Sehubungan dengan itu, saya dengan rasminya berbesar hati menganjurkan
Pertandingan Mengubahsuai Gambar FDE
Hadiah yang disediakan:
hadiah Utama:
1. Tambah nilai prabayar Hotlink/Celcom/Digi bernilai RM30 @ Rapidshare Premium Account untuk sebulan @ Wang tunai RM30 (pemenang boleh memilih hadiah yang mereka mahu )
2. Hadiah Misteri (akan diberikan di EGN nanti. Kalau tak datang, tak dapat..)
hadiah bagi setiap penyertaan:
Gift dari Ehoza
Syarat-syarat dan peraturan:
Terbuka kepada semua warga ehoza, tidak kira sama ada mod, admin mahupun user biasa, dan tidak kira sama hadir ke FDE yang lepas ataupun tidak. (aku seorang je yang xboleh join..)
Peserta boleh mengedit gambar-gambar tersebut sekreatif mungkin, menggunakan sebarang perisian yang sesuai tidak kiralah Adobe Photoshop, Corel Paintshop, Ulead Photoimpact, hatta Microsoft Paint skalipun. Asalkan tidak mengandungi unsur-unsur lucah, atau boleh menyentuh sensetiviti mana pihak.
Konsep pengubahsuaian adalah bebas. Nak bagi gambar cantik ke, nak bagi nampak ganas ke, nak tukar background ke, nak bagi nampak artistik ke, nak cantumkan 8 gambar jadi 1 ke, nak tambah bingkai jek ke..terpulang kepada anda.
Peserta dikehendaki mengubahsuai gambar-gambar sewaktu di Family Day Ehoza sahaja. gambar2 lain aku xterima k.gambar-gambar tersebut boleh didapati di
Setiap gambar yang diubahsuai WAJIB disertakan dengan logo ehoza. (ada diattachkan di post ini.)
Setiap peserta dihadkan sebanyak 2 penyertaan sahaja, tidak boleh lebih dari itu. Jadi, gunakan peluang yang ada sebaik mungkin.
tarikh tutup penyertaan ialah 15 Januari 2009.
Pemenang akan ditentukan oleh poll dimana poll akan dibuka selama seminggu. sebarang bentuk sogokan, rasuah adalah dilarang.
Keputusan pemenang adalah muktamad. Sebarang bantahan, surat-menyurat, surat layang, layang-layang, kapal terbang kertas, wau bulan dan seangkatan dengannya tidak akan dilayan..
sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak penganjur.