PDA

View Full Version : Punca seseorang pasangan curang



pocketbook
10-04-2010, 01:08 AM
Siapa tak sakit hati bila seseorang orang berlaku curang..Sebenarnya, sebelum
kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab
kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!

Hidup Terkongkong
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya?
Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda
menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang
untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin
berbohong.


Rasa Marah
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. Anda mungkin tidak
sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak
meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati
anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu
meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan
perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan
mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling
menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa
tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.


Sering Berjauhan
Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia
bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa
dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja
out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin
bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan.
Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda
tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!



Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg
secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada
cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu,
dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih
menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.


Komunikasi Yang Hambar
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda
terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan
kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu,
mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita
masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia
lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh
itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan
ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan
pendapat.


Landasan Hubungan Yang Rapuh
Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar
teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2
atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga
kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu.
Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda,
sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu
dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!


Merasa Tidak Dihargai
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan
melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi
perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya
terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan
"membalas" dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di
belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai
iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.


Mahu Lebih Bahagia
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari
pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang
tidak jelas.


Sikap Yg Mengada-ngada
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia
tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir
keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2
seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari.
Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar.
Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap
anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.


Hubungan Terlalu Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan
terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda
akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda
tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat
tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo ,
Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.


Sikap Playboy!
Ahh...si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal
jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda
sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan
cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.


Ada Orang Tidak Puas Hati
Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak
tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka
akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin
terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!

Lancelot
10-04-2010, 01:21 AM
thanks for the info

senang cakapla...... orang boleh bagi apa juga alasan untuk curang sebenarnya....

namun yang pastinya.... yang curang tu sebenarnya adalah kerana tiada cinta dalam hati dia pada seseorang yang mencintai dia.. itu sahaja...

alasan boleh direka macam2.... namun yang pasti.. bila dah takde cinta... hubungan memang tak kemana... :D

Mayonis
11-04-2010, 01:55 AM
curang ialah satu perbuatan yg sgt tercela.

Lancelot
11-04-2010, 07:43 PM
curang ialah satu perbuatan yg sgt tercela.

curang time couple dah tercela, macamana pula curang time khawin??.. patut hukum bunuh maybe???... :D

ArericH
11-04-2010, 09:13 PM
brape ramai kapel nak p muzium.. memorial.... jwab2... :)):)):))

ayopzal
11-04-2010, 09:50 PM
ape madsud curang....:D

Lancelot
11-04-2010, 09:52 PM
brape ramai kapel nak p muzium.. memorial.... jwab2... :)):)):))

napa ko tak tanya bape ramai kapel yang nak pergi tanah perkuburan je bro??.. :D

ArericH
11-04-2010, 09:53 PM
napa ko tak tanya bape ramai kapel yang nak pergi tanah perkuburan je bro??.. :D

slalu aku lntas tnah perkuburan kalo p supermarket bro... :D:D:D

dr_zool
11-04-2010, 11:02 PM
tambah 1,da busan dgn pasangan

Lancelot
12-04-2010, 12:45 AM
slalu aku lntas tnah perkuburan kalo p supermarket bro... :D:D:D

ni mesti perkuburan tu jalan shortcut kan... aku rasa hantu2 kat situ mesti dah kenal dengan ko... balik2 muka ko, balik2 muka ko... muka awek tak jugak lalu.. :))

ArericH
12-04-2010, 12:52 AM
ni mesti perkuburan tu jalan shortcut kan... aku rasa hantu2 kat situ mesti dah kenal dengan ko... balik2 muka ko, balik2 muka ko... muka awek tak jugak lalu.. :))

blkng supermarket 2 kubur da.. :)):)):))

cyclon
12-04-2010, 04:33 PM
Memang sakit hati kalau kekasih hati berlaku curang, namun bahagia kalau tahu awal2. kenalilah pasangan anda betul2 ;)

pu3
16-04-2010, 01:55 AM
memg gitu larh....bila da wt yg terbaik pasti ade salhnya....bila da curng ade saja alasannya...itu x kene larh...ini x kene larh......tapi yg pasti ko wt ko dapt...arie nie ko hapy esok pasti ko rasa.....n kalu aku bila dicurangi...aku wt x tau jew....wt cm x sakit hati....n wt cm x rasa ape walo hati da rabak ....hidup hapy....no love no problema.....
::balingkerusi::::balingkerusi::::balingkerusi:::: balingkerusi::amik ko!!

cyclon
16-04-2010, 06:48 AM
Memang cool kalau dapat buat muka selamba, dunno semacam je. Tapi, ko boleh tahan ke rasa nak maki hamun tu ;)

pu3
16-04-2010, 09:43 PM
Memang cool kalau dapat buat muka selamba, dunno semacam je. Tapi, ko boleh tahan ke rasa nak maki hamun tu ;)

aku biar sabar jew dulu..n tgok sape yg dtg merayu n sakit dikemudian hari.....waktu 2 aku mula game....:censored:aku org cmpak taik aku campak one drop perfume.....hehehehe.....

cyclon
18-04-2010, 01:22 PM
aku biar sabar jew dulu..n tgok sape yg dtg merayu n sakit dikemudian hari.....waktu 2 aku mula game....:censored:aku org cmpak taik aku campak one drop perfume.....hehehehe.....

Tahan makian ko ye :p
Understanding tu penting. Masing2 bawak kepala batu masing2 sampai bila2 tak abis perang :)

zamreda
18-04-2010, 01:25 PM
memg gitu larh....bila da wt yg terbaik pasti ade salhnya....bila da curng ade saja alasannya...itu x kene larh...ini x kene larh......tapi yg pasti ko wt ko dapt...arie nie ko hapy esok pasti ko rasa.....n kalu aku bila dicurangi...aku wt x tau jew....wt cm x sakit hati....n wt cm x rasa ape walo hati da rabak ....hidup hapy....no love no problema.....
::balingkerusi::::balingkerusi::::balingkerusi:::: balingkerusi::amik ko!!

kamu nie asyik baling kerusi aje..........be patient....

Lancelot
18-04-2010, 03:50 PM
kamu nie asyik baling kerusi aje..........be patient....

:D... dia teringin nak masuk gusti wanita kot.... :D

Mayonis
19-04-2010, 02:22 AM
curang time couple dah tercela, macamana pula curang time khawin??.. patut hukum bunuh maybe???... :D

Kalau yg curang seorang isteri wajib ceraikan ,dayus x mausk syurga. Kalau yg curang adalah si suami pergi fasakh ,buat apa simpan lelaki mcm itu dalam hidup , lelaki curang dan x guna semcm itu lebih hina drp anjing kurap.

psychophobia
19-04-2010, 04:23 AM
curang ni cuma ade 2 je alasan yg paling munasabah.....
bosan n dh jumpa yg lagi bagus.....

Lancelot
19-04-2010, 01:27 PM
^^
pastiker bila dah jumpa yang lebih bagus tu maknanya boleh membahagiakan selama-lamanya... zaman bercinta semua bagus.. dah khawin... erm.. barula kena erti tak bagus...

mainan syaitan banyak dalam alam percintaan ni

cyclon
19-04-2010, 10:23 PM
Nak tau kenapa curang, langkah terbaik kena tanya diri sendiri, kenapa si dia curang dan baiki kelemahan diri. Belajar menerima seadanya ;)