PDA

View Full Version : Tempah tiket bas ‘on-line’



adriana
10-05-2009, 10:38 AM
KUALA LUMPUR: Pengguna bas ekspres di Hentian Puduraya tidak perlu bersesak lagi membeli tiket bas pada masa akan datang kerana sistem tempahan atau pembelian melalui ‘on-line’ kini dirangka.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, berkata cara berkenaan bukan saja menjimatkan masa, malah mengurangkan kesesakan di sana.

“Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dalam kajian merangka pelan itu. Jika dapat direalisasikan, ia pasti membantu banyak pihak, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar Pengurusan Pentadbiran dan Kesetiausahaan Umno Bahagian Kepong, di Pusat Rekreasi Kepong, di sini, semalam.



Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid dan timbalannya, Datuk Husin Anuar.


Beliau turut memaklumkan, antara punca kesesakan lalu lintas di sekitar Hentian Puduraya membabitkan bas pelancong tiada permit yang sering berhenti di tepi jalan menurunkan kumpulan pelancong berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya memaklumkan perkara berkenaan kepada kementerian berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap masalah terbabit.

“Kita sudah maklumkan dan harap tindakan tegas dapat dikenakan terhadap bas pelancong haram yang sering berhenti di tepi jalan menurunkan, selain menunggu pelancong.

“Selain itu, masalah lain membabitkan kesesakan di sana, termasuk kaunter tiket bas ekspres yang ditempatkan berhampiran bahu jalan selain teksi serta kenderaan awam mengambil serta menurunkan penumpang,” katanya.

Beliau memaklumkan, antara pelan jangka pendek mengatasi masalah itu ialah meminta bas hanya berhenti 20 minit bagi menurunkan penumpang serta mengadakan laluan khas bagi teksi terus masuk ke Puduraya.

Dalam masa sama, beliau menolak kemungkinan kerajaan akan membina terminal baru menggantikan Puduraya kerana kajian dijalankan setakat ini mendapati, walaupun sesak, lokasi berkenaan paling sesuai.

“Untuk pengguna yang mahu ke utara tanah air, mereka boleh pergi ke Stesen Putra manakala bagi destinasi selatan pula, mereka boleh ke Bandar Tasik Selatan apabila terminal baru siap tidak lama lagi,” katanya.

awah137
10-05-2009, 10:50 PM
mmg patut pun ... dh lama dah kena buat

iddbbi
10-05-2009, 10:56 PM
setuju jgk sjak msuk u ni, susah nk kuar beli tiket..........

suntat
10-05-2009, 10:58 PM
bagus sangat.....xler penat pie sana semata2 nak beli tiket ajer...

klo
11-05-2009, 12:53 AM
x la kene tipu dgn ulat tiket....

somboyz
11-05-2009, 01:52 AM
mudah la bg seorg student...tp, harap xda sebarang kesulitan dan pertukaran plak klau bli online nie..

Zappa's Fan
11-05-2009, 02:02 AM
TAK SETUJU....x terasa nak balik raya kalau x beratur panjang2 beli tiket bas......ada reason nak bukak puasa cepat. Heh!...Heh!:D:D:D

MiNi
11-05-2009, 02:29 AM
setuju..in fact sesetengah bas cm mara liner dah ada online klu xsilap ak..
tapi klu da wat online tu biar la efektif..jangan la nnt celaru la apa..
tapi hanya 2 bas aje yg ak percaya transnasional dgn mara liner..
yg laen ak susah sket nk percaya..huhu

adriana
12-05-2009, 08:14 AM
PUTRAJAYA: Sistem tempahan tiket bas ekspres secara online sudah lama dipraktikkan kebanyakan pengusaha bas di negara ini, bagaimanapun sistem itu tidak diterima secara sepenuhnya oleh pengguna.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, sistem terbabit tidak banyak memberi faedah kepada pengguna kerana tidak semua pengguna menggunakan perkhidmatan Internet, malah ada yang lebih gemar menggunakan kaedah konvensional iaitu membeli sendiri di kaunter tiket.

“Secara umumnya, sebanyak 40 peratus daripada ahli kami sudah menggunakan sistem tempahan tiket bas ekspres secara online, tetapi sambutan yang diterima daripada pengguna tidak begitu memberangsangkan.

“Mungkin kaedah itu hanya praktikal untuk mereka yang mempunyai komputer atau sambungan Internet, tetapi mereka yang tidak mempunyai kemudahan itu masih beratur di kaunter tiket di hentian atau stesen bas ekspres untuk membeli tiket,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.




<table align="center" border="0" width="450"> <tbody><tr><td> </td></tr> </tbody></table>PUTRAJAYA: Sistem tempahan tiket bas ekspres secara online sudah lama dipraktikkan kebanyakan pengusaha bas di negara ini, bagaimanapun sistem itu tidak diterima secara sepenuhnya oleh pengguna.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, sistem terbabit tidak banyak memberi faedah kepada pengguna kerana tidak semua pengguna menggunakan perkhidmatan Internet, malah ada yang lebih gemar menggunakan kaedah konvensional iaitu membeli sendiri di kaunter tiket.

“Secara umumnya, sebanyak 40 peratus daripada ahli kami sudah menggunakan sistem tempahan tiket bas ekspres secara online, tetapi sambutan yang diterima daripada pengguna tidak begitu memberangsangkan.

“Mungkin kaedah itu hanya praktikal untuk mereka yang mempunyai komputer atau sambungan Internet, tetapi mereka yang tidak mempunyai kemudahan itu masih beratur di kaunter tiket di hentian atau stesen bas ekspres untuk membeli tiket,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Metro Ahad semalam yang melaporkan pengguna bas ekpres di Hentian Puduraya tidak perlu bersesak untuk membeli tiket bas pada masa akan datang kerana sistem tempahan atau pembelian tiket secara online kini dirangka.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dilaporkan berkata cara berkenaan bukan saja menjimatkan masa, malah mengurangkan kesesakan di sana.

“Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dalam kajian merangka pelan itu. Jika dapat direalisasikan, ia pasti membantu banyak pihak,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ashfar berkata persatuan belum menerima sebarang maklumat berhubung cadangan itu.

“Pada dasarnya, kami menyambut baik cadangan itu,” katanya

profpoyo
12-05-2009, 11:23 AM
xde promosi da camne nak dpt sambutan
dorg xtau

neo4337
13-05-2009, 02:47 AM
a'haaaaaa...
betul tu....
lagi senang klu dapat beli on9 jak...huhuhu..
Xyah susah nak kuar p mmbeli kan...huhuhu...

semuanya berada d hujung jari anda..kan...hehehehe

arrembawi
13-05-2009, 02:56 AM
Kalau di UK atau negara Europ mereka akan menggunakan tiket online.Jadi semua perjalanan kita sudah di prog kan.Jadi kalau kita nak journey tuh rasenye tak kisah sebab semua tiket kita dah beli dari awal.Tinggal nak naik bas je.apa pon cadangan ni baik juga.tapi lbh baik bg sesiapa yang nak journey.

noruddin
13-05-2009, 04:43 AM
setuju2...at least sape2 yg hidop diorg mmg teratur dan terancang xkan telepas tuk beli tiket tuk pegi mana2....lagi2 kalau nak balik kampung time raye...

Ultraman
30-06-2009, 12:20 PM
bagi aku tak kisah mana-mana pun,asalkan keputusan tersebut membawa kebaikan bukan keburukan kepada rakyat serta pengguna yang lain, lagi pon zaman sekarang ni serba canggih serta moden..::joget::

nj80
30-06-2009, 03:03 PM
promo pun xder buat, mcm mana org nak beli tiket online:confused:

fizdane
17-11-2009, 10:16 PM
ntahnye presiden pengusaha bas tu. Macamana boleh buat kenyataan macam tu. Syarikat apa yg buat tiket online yg takde sambutan tu? Yg sy tahu maraliner & sani express je yg ada tiket online. Transnational yg dah berkurun tu pun takleh beli online lagi.

MaraLiner (http://www.maraliner.com.my)

Sani Express (http://www.saniexpress.com.my)

wangek
18-11-2009, 12:13 AM
x la kene tipu dgn ulat tiket....


mmg stuju
xde la ulat2 leh tipu org nanti
pas2 klu nak bwt secara online kne buat btl2
sokong sgt
memudahkan org
xde buang mse,buanng karen nak g
harap pihak yg berkenaan laksanakan secepat ug mungkin