PDA

View Full Version : anak luar nikah, tidak boleh di "bin/binti Abdullah" dalam surat beranak



anoi1207
30-04-2009, 09:05 PM
ARKIB : 30/10/2008 <!-- END IKLAN & GREETING --> <!--STORY-->

257,411 surat beranak tanpa nama bapa

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dari 2000 hingga Julai lalu direkodkan tanpa nama bapa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pihak pendaftar berbuat demikian berdasarkan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299.

Katanya, anak yang tidak sah taraf iaitu anak luar nikah tidak boleh mencatatkan nama bapanya pada sijil kelahiran mereka.

‘‘Pendaftar hanya boleh meletakkan nama bapa sekiranya terdapat permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan R. Sivarasa (PKR-Subang) mengenai isu anak luar nikah yang tidak didaftarkan dengan nama bapa pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Syed Hamid, berdasarkan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.
<!--/STORY-->
http://www.utusan.com.my/utusan/design1_files/main_story_gradient_bottom.jpg
aku tak tau nak letak thread mana.. info bleh, isu semasa bleh.. islamic pun bleh..

hmm.. ni cerita lama.. mungkin ada sesetengah dari kita belum tahu
dan mungkin ada yang dengar khabar-khabar je macam aku ni..
tapi ni lah realitinya sekarang.. anak luar nikah, yang didaftarkan di JPN tiada bin/binti.. ada nama dia sahaja
aku tak tau la macam mana nasib anak ni bila dah start masuk sekolah nanti
tak dapat aku bayangkan macam mana dia nak hadapi masyarakat nanti..

profpoyo
30-04-2009, 09:09 PM
camni menurot fatwa mesia
mne2 ank yg blom genap 6 bln dlm kandungan semase ibunye bersuami
mke die bole dibin atau dibintikan kpd suami ibunye
ni btol2 fatwa ye
aku xbwat
aku dpt dr al-kuliyyah
penceramah die harun din rsenye

Wallahualam

TurfnPower
30-04-2009, 09:10 PM
aku tak tau nak letak thread mana.. info bleh, isu semasa bleh.. islamic pun bleh..

hmm.. ni cerita lama.. mungkin ada sesetengah dari kita belum tahu
dan mungkin ada yang dengar khabar-khabar je macam aku ni..
tapi ni lah realitinya sekarang.. anak luar nikah, yang didaftarkan di JPN tiada bin/binti.. ada nama dia sahaja
aku tak tau la macam mana nasib anak ni bila dah start masuk sekolah nanti
tak dapat aku bayangkan macam mana dia nak hadapi masyarakat nanti..


uishhh tak boleh erk....jadi macam mana nama budak tuh dalam surat beranak...without bin or binti.....complicatednya

profpoyo
30-04-2009, 09:11 PM
biasenye bile xde bpk die binkan Abdullah je

TurfnPower
30-04-2009, 09:11 PM
camni menurot fatwa mesia
mne2 ank yg blom genap 6 bln dlm kandungan semase ibunye bersuami
mke die bole dibin atau dibintikan kpd suami ibunye
ni btol2 fatwa ye
aku xbwat
aku dpt dr al-kuliyyah
penceramah die harun din rsenye

Wallahualam

ini memang aku tau....tp masalah kalau kata takder sapa yang mengaku siapa bapanya...kesiannya:confused::confused:

anoi1207
30-04-2009, 09:16 PM
camni menurot fatwa mesia
mne2 ank yg blom genap 6 bln dlm kandungan semase ibunye bersuami
mke die bole dibin atau dibintikan kpd suami ibunye
ni btol2 fatwa ye
aku xbwat
aku dpt dr al-kuliyyah
penceramah die harun din rsenye

Wallahualam
tu aku baru baca tadi.. secara teorinya memang 6 bulan = 36 minggu dianggap tempoh minimum bersalin
jadi kalau bersalin dalam tempoh tu, nampak seolah-olah ibu bapa telah berkahwin
walaubagaimanapun.. kalau anak tu anak luar nikah, kita tetap tak boleh ubah asal usul dia..
cuma kita mampu cover je seolah-olah bersalin dalam 6 bulan
kalau tak salah aku la.. nanti aku paste cerita dia

uishhh tak boleh erk....jadi macam mana nama budak tuh dalam surat beranak...without bin or binti.....complicatednya
yup.. tak ada bin/binti.. ada nama sahaja

biasenye bile xde bpk die binkan Abdullah je
sekarang dah tak bleh bin/binti Abdullah

TurfnPower
30-04-2009, 09:18 PM
adehhh sian anak kecik yang tak bersalah tuh kan bila dia besar nanti :confused::confused:

somboyz
30-04-2009, 09:55 PM
ya...setahu ana, mmg xbleh bin @ bte Abdullah skrg....klau ana x silap, tukar p "Muahmmad"...2pn klau ana x silap....

ssh klau anak luar nikah nie...lbh2 lagi pada pmpuan....akn timbul masalah "wali" bila dia ingn berkahwin kelak...dia hnya ble brwalikn wali hakim jak....cian kn.....xramai yg terima anak luar nikah nie jadi ahli keluarga mereka..pndangan mereka x sama...melainkn pada org yg btul2 faham apa 2 Islam.....
lagi, ank luar nikah xbleh mewarisi harta daripada Ibu atau ayah mereka...dorg xda hak....cian mereka......2 dah termasuk bb amik hak kanak2.....

wallahualam...segala yg berlaku pasti ad hikmahnya......insyaAllah....

profpoyo
30-04-2009, 09:56 PM
ni lg satu ikot mazhab shafie
bapa luar nikah boleh nikah ngan anak luar nikahnye

4dy
30-04-2009, 10:07 PM
bagaimanalah mase hadapan bdk2 nie :105:

anoi1207
30-04-2009, 10:40 PM
aku pastekan apa yang aku jumpa
.................................................. .....................

Hak Muslim: Disiarkan dalam Berita Harian 14 Ogos 08

Bapa tidak boleh walikan pernikahan anak tak sah taraf


Soalan:

SAYA ingin berkahwin akhir tahun ini dan sudah menghantar borang permohonan berkahwin ke pejabat agama Islam. Selepas beberapa hari, saya dimaklumkan permohonan tidak dapat diproses kerana pegawai jabatan agama Islam mendapati tarikh lahir saya tidak sampai empat bulan dari tarikh pernikahan ibu dan bapa. Saya dikatakan sebagai anak tak sah taraf. Permohonan saya dirujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. Mengapa saya perlu berbuat demikian, sedangkan dalam kad pengenalan tertulis bahawa saya berbintikan bapa kandung. Bagaimana cara untuk saya memohon kebenaran dan apakah dokumen yang diperlukan?

Harap mendapat penjelasan.
Kamaliah Al-Hasan

Jawapan:

Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa di semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, permohonan kebenaran berkahwin asalnya adalah melalui pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam di mana tempat individu itu bermastautin.

Akan tetapi, ada beberapa kes perlu dirujuk oleh Pendaftar Nikah kepada Mahkamah Syariah untuk tindakan Hakim Syarie, bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin terlebih dulu. Selepas kebenaran berkahwin daripada Hakim Syarie atau Mahkamah Syariah, barulah Pendaftar Nikah boleh memproses dan meluluskan kebenaran berkahwin itu.

Kes berkenaan ialah:


Permohonan untuk berkahwin di bawah umur. Bagi lelaki berumur bawah 18 tahun atau perempuan di bawah umur 16 tahun yang ingin berkahwin, mereka perlu mendapatkan kebenaran berkahwin di Mahkamah Syariah terlebih dulu.
Permohonan oleh seseorang janda berhias, iaitu perempuan yang bercerai sebelum disetubuhi suaminya atau dalam istilah Arab disebut qabla dukhul.
Permohonan bernikah secara wali hakim. Pernikahan secara wali hakim ini pula perlu dalam kes berikut: - tiada wali yang sah dari segi nasab - wali ghaib - saudara baru atau mualaf - anak tak sah taraf - wali enggan - wali dalam ihram haji/umrah - wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat - permohonan poligami Berbalik kepada persoalan mengenai anak tak sah taraf.


Maksud anak sah taraf ialah anak yang lahir daripada akad pernikahan yang sah, dalam tempoh tertentu selepas akad nikah atau disebabkan persetubuhan syubhah. Anak tak sah taraf ialah anak yang lahir daripada pernikahan yang tidak sah atau fasid menurut hukum syarak.

Secara syariatnya seseorang anak yang lahir boleh disabitkan nasab kepada ibu yang melahirkannya, sama ada secara sah taraf ataupun tidak sah taraf. Tetapi untuk anak itu disabitkan nasabnya kepada bapa, beberapa syarat perlu dipenuhi iaitu:


dengan sebab perkahwinan yang sah
disebabkan perkahwinan yang fasid
disebabkan persetubuhan syubhah Fuqaha bersepakat bahawa anak dilahirkan oleh perempuan yang mempunyai suami secara sah boleh disabitkan nasab kepada suaminya.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Anak yang lahir daripada hamparan (yang sah) berhak disabitkan nasab keturunan." Hukum di atas adalah dengan syarat suami adalah orang yang boleh menyebabkan isteri hamil, anak dilahirkan selepas enam bulan dari masa akad nikah, iaitu menurut ulama Hanafi.

Menurut ulama jumhur, masa enam bulan dikira dari masa ia dibolehkan melakukan persetubuhan. Jika anak dilahirkan kurang daripada tempoh minimum masa mengandung, iaitu enam bulan, ulama bersepakat tidak sabit nasab daripada si suami. Keadaan lain di mana suami dan isteri boleh bertemu dan bersama selepas berlaku akad nikah.

Berdasarkan penjelasan itu jelas fuqaha berpendapat jika anak dilahirkan kurang dari tempoh enam bulan selepas akad nikah yang menghalalkan persetubuhan suami dan isteri, maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapanya.

Maksudnya bapa itu tidak boleh mewalikan pernikahan anak dan perlu berwalikan hakim. Dalam kes anda, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah di tempat anak bermastautin.

Antara dokumen diperlukan bagi permohonan adalah:


notis permohonan
afidavit sokongan
lampiran yang diperakukan seperti salinan kad pengenalan, pengesahan pemastautin (jika alamat dalam kad pengenalan berlainan dengan alamat bermastautin), borang permohonan berkahwin bagi perempuan dan lelaki dan lain-lain dokumen berkaitan. Dalam kes anda, elok dikemukakan sekali sijil kelahiran dan sijil nikah ibu bapa



surat sokongan daripada Pendaftar Nikah
bayaran yang secukupnya
wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie. Jika lengkap segala dokumen dan saksi yang dikehendaki hadir ke mahkamah pada hari ditetapkan, proses perbicaraan kes seperti ini adalah mudah dan kebiasaannya boleh diselesaikan dalam masa satu hari saja. Jika menggunakan khidmat peguam syarie, maka peguam akan menguruskan dan menyediakan segala dokumen diperlukan.


Jawapan disediakan Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang

anoi1207
30-04-2009, 10:42 PM
ni lg satu ikot mazhab shafie
bapa luar nikah boleh nikah ngan anak luar nikahnye
yup.. yang ni aku ada baca..
sebab dia kata seolah-olah dia tiada pertalian dengan bapa dia