PDA

View Full Version : Poligami boleh mengundang ke neraka?



shinichi
10-03-2009, 04:52 PM
oleh :AHMAD BAEI JAAFAR

Menyebut tentang poligami banyak pihak akan memandang serong kepada yang terlibat walaupun pada setiap hati kecil lelaki inginkan dua tiga isteri. Hal ini kerana poligami yang wujud hari ini dilihat keburukannya lebih terserlah daripada kebaikan.

Poligami dibenarkan oleh Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Jika kamu takut boleh berlaku adil terhadap anak yatim, kahwinilah perempuan lain sama ada dua, tiga atau empat. Tetapi jika takut untuk berlaku adil, cukuplah satu,” (Surah an-Nisa’: 3).

Melihat pada ayat itu, jelas tiada hukum sunat berpoligami tetapi sekadar tawaran yang membolehkan mereka berpoligami jika mereka mahu. Sungguhpun ada tawaran tetapi disusuli pula dengan ingatan “kalau takut tidak boleh berlaku adil, cukuplah dengan seorang isteri”.

Amalan poligami pada zaman Rasulullah s.a.w. bermula selepas kewafatan isteri Rasul, Khadijah. Setelah berkahwin dengan Aishah yang masih keanak-anakkan, baginda mengahwini wanita lain juga. Amalan pada waktu itu antara lain bertujuan membela ibu tunggal dan anak yatim iaitu dengan mengahwini ibu anak yatim itu.
Walau bagaimanapun amalan itu tidak lagi menjadi perkiraan umat Islam di akhir-akhir ini. Hal ini mungkin kerana anak yatim hari ini sudah ada pembelanya. Rumah anak yatim sudah mengambil peranan para lelaki yang prihatin.

Kini berlaku poligami secara tidak sihat sehingga orang ramai menganggap poligami sebagai menzalimi wanita dan anak-anak. Kesan poligami, keharmonian rumah tangga bertukar kepada kehancuran.

Demi mengawal amalan poligami yang mudah disalahgunakan pada zaman ini, kerajaan menggubal beberapa peruntukan undang-undang mengenai poligami. Terdapat syarat tertentu yang dimasukkan yang lazim telah menjadi amalan ulama terdahulu.
Menurut Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor, Seksyen 23(5) Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada antara lain hal-hal keadaan berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak di segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

Sebenarnya berdasarkan peruntukan ini menunjukkan secara nyata bahawa tidak semua orang layak untuk berpoligami. Walaupun terdapat lelaki yang mempunyai pendapatan lebih, belum tentu mereka boleh meneruskan poligami.

Perlu dijelaskan di sini selain kewangan faktor iman dan takwa perlu diambil kira sebelum sesuatu perkahwinan poligami itu hendak diteruskan. Kalau tidak, syarat di atas boleh diputarbelitkan oleh pihak yang berkepen-tingan.

Tanpa iman dan takwa, sesebuah perkahwinan poligami itu tidak mungkin akan berlaku adil, malah akan mencetus dosa yang berpanjangan. Lebih malang lagi, apabila hukum hakam tentang poligami sendiri tidak difahami.

Dalam isu ini mungkin kita boleh merujuk kepada filem P.Ramlee, “Madu Tiga”. Melalui filem itu ramai yang rasa terhibur dengan watak lucu pelakonnya, tetapi berapa ramai yang memahami mesejnya. Sebenarnya dalam filem komedi ini cukup memberi mesej yang serius kepada suami dan isteri tentang hukum poligami.

Memang pada permulaannya niat Jamil untuk berkahwin dengan anak pakcik tua yang menyewa rumah sewa ayah Jamil sesuatu yang murni. Selain kerana hendak membela ayah anak gadis itu, Jamil mahu juga menyelamat imannya (kerana keinginan seksnya) yang sering diabaikan isterinya yang sudah tua. Pada masa yang sama niat baik Jamil itu jelas tidak mendapat tentangan daripada bapa mentuanya.

Tetapi niat yang baik itu jelas tidak mendapat restu daripada Allah kerana terdapat unsur-unsur penipuan sejak awal perkahwinan itu lagi. Pertama, Jamil menipu gadis dan bapa gadis itu tentang status dirinya yang sudah berkahwin. Yang kedua, dia menipu isterinya yang kononnya untuk menghadiri majlis perkahwinan orang lain, padahal dia sendiri hendak berkahwin.

Kesan dari penipuan itu, dia terpaksa meneruskan agenda menipu berhari-hari malah berbulan-bulan. Bayangkan dalam tempoh itu, berapa saat dia boleh bahagia dengan isteri barunya. Jawapannya jelas, tidak pernah ada kebahagiaan walaupun sesaat.
Oleh sebab tidak mendapat kebahagiaan dengan perkahwinan itu, dia berkahwin seorang lagi anak gadis yang ternyata lebih cantik daripada kedua-duanya. Tetapi malangnya belum sempat bahagia, tembelangnya terbongkar. Akhirnya berlaku drama kejar mengejar.

Dalam Islam faktor iman dan takwa seseorang akan menjadikan dia jujur dalam segala tindakan. Percayalah kalau Jamil berterus terang dengan isterinya, walaupun pada awalnya dia menentang namun pasti ada titik pertemuan yang baik selepas itu. Memanglah seseorang isteri sukar untuk memberi keizinan kepada suaminya supaya berkahwin lagi, tetapi jika dia jujur, semuanya akan berjalan dengan baik.
Tegasnya jika isteri tidak mahu mengizinkannya, tidak perlu diteruskan demi menyelamatkan rumah tangga yang ada. Jika berlaku juga perkahwinan dalam keadaan tidak restu isteri, boleh jadi suami tidak bahagia kerana terpaksa mencipta pembohongan demi pembohongan sepanjang hayat.

Pada masa yang sama, isterinya terus memendam rasa dan curiga terhadap suami. Keadaan ini akan menjadikan hubungannya dengan isteri pertama tidak murni lagi. Apa guna dapat isteri baru tetapi isteri pertama terus menyepi? Apalah bahagianya dapat isteri muda tetapi isteri tua terus menderita..

Sepatutnya dengan poligami, suami bertambah bahagia di samping isteri-isterinya, dia dapat manfaat daripada semua isterinya. Suami tidak akan ketandusan belaian kasih sayang isteri-isterinya. Pada masa yang sama isteri-isterinya rasa cukup terbela.
Walau bagaimanapun, mana-mana isteri yang tidak mahu berkongsi kasih dengan madunya, harus memberi khidmat bakti, belaian kasih kepada suami seperti awal perkahwinannya walaupun pada usia tuanya. Ingatlah, sikap isteri Jamil dalam kisah di atas adalah punca suaminya terdorong hendak berkahwin lain.

dari laman Fikrah Islamiah (http://baei.blogspot.com/2009/03/poligami-boleh-mengundang-ke-neraka.html)

astalavista6048
10-03-2009, 04:58 PM
berpklah secara positif...:71::goodpost::goodpost:

sudusenduk
10-03-2009, 04:59 PM
Kini berlaku poligami secara tidak sihat sehingga orang ramai menganggap poligami sebagai menzalimi wanita dan anak-anak. Kesan poligami, keharmonian rumah tangga bertukar kepada kehancuran.

Menurut Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor, Seksyen 23(5) Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada antara lain hal-hal keadaan berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak di segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

Sebenarnya berdasarkan peruntukan ini menunjukkan secara nyata bahawa tidak semua orang layak untuk berpoligami. Walaupun terdapat lelaki yang mempunyai pendapatan lebih, belum tentu mereka boleh meneruskan poligami.

Perlu dijelaskan di sini selain kewangan faktor iman dan takwa perlu diambil kira sebelum sesuatu perkahwinan poligami itu hendak diteruskan. Kalau tidak, syarat di atas boleh diputarbelitkan oleh pihak yang berkepen-tingan.

poligami utk zmn skrg nih dh xmcm poligami yg ikot sunnah Baginda..niat terpesong jaoh...
nway...:goodpost::goodpost::goodpost:

-eina-
10-03-2009, 05:02 PM
pesanan utk boye2 sekalian neh... :D:D
neway.. :goodpost:

shinichi
10-03-2009, 05:05 PM
berpklah secara positif...:71::goodpost::goodpost:
betol betol betol......
jgn berpk scr negative....

poligami utk zmn skrg nih dh xmcm poligami yg ikot sunnah Baginda..niat terpesong jaoh...
nway...:goodpost::goodpost::goodpost:
tp ade yg hati baik ikhlas n berlandaskan syariat...
cuma x nmpk pd mata kasar...
untung bg sesiapa yg menjumpai mereka

shinichi
10-03-2009, 05:06 PM
pesanan utk boye2 sekalian neh... :D:D
neway.. :goodpost:

boyer2 pasti mengawan ini mlm....
tp diorg mesti xnak masuknye thread nie....

sudusenduk
10-03-2009, 05:10 PM
tp ade yg hati baik ikhlas n berlandaskan syariat...
cuma x nmpk pd mata kasar...
untung bg sesiapa yg menjumpai mereka
maw 1 dlm sjuta...
bg ak la...poligami utk zmn skang nih xnmpk pn kebaikannye..
sbb majoriti nk poligamikn istri yg cntk2,mletop2..
even janda pn,janda yg mletop,ky2...bertuan kn nafsu je..
org kg yg hulu2 tuh,yg mskin2,comot2,janda yg ssh2 tuh xnk lak dorg poligami kn...

astalavista6048
10-03-2009, 05:12 PM
maw 1 dlm sjuta...
bg ak la...poligami utk zmn skang nih xnmpk pn kebaikannye..
sbb majoriti nk poligamikn istri yg cntk2,mletop2..
even janda pn,janda yg mletop,ky2...bertuan kn nafsu je..
org kg yg hulu2 tuh,yg mskin2,comot2,janda yg ssh2 tuh xnk lak dorg poligami kn...
ini mcm dah set no 2 gami jer..:confused:

sudusenduk
10-03-2009, 05:15 PM
ini mcm dah set no 2 gami jer..:confused:
observe dr pngalaman org terdekat je pak os....muehehheh

astalavista6048
10-03-2009, 05:17 PM
observe dr pngalaman org terdekat je pak os....muehehheh

dek kerna kes nila yg setitik r ni ek..aduyai.:71:

sudusenduk
10-03-2009, 05:22 PM
dek kerna kes nila yg setitik r ni ek..aduyai.:71:
ngeh3...bkn nk pikir negatif...tp cth dpn mate mcm tuh...
nila die bkn setakat setitik...2,3 titik kot..huuu
tp jgn slh phm lak...sudu xlwn or menidakkan sunnah...tp cume xskong poligami yg msyrkt skang amalkn...tu je..

astalavista6048
10-03-2009, 05:28 PM
kalo dulu Rasul berpoligami, hampir keseluruhan isterinya ialah janda-janda yang perlukan perlindungan...

tapi zaman sekarang plak, cari anak dara...dan anak dara plak dok cari orang kaya... :71:

jgn sentiasa buruk sangka. setiap hukum Allah tu pasti ada sebabnya. tkkn Allah nk bg izin pada lelaki kawin sampai 4 sesuka hati.

semuanya bergantung pd diri masing2. cuma kita nmpk masa skrg kebanyakan org yg berpoligami ni tak adil, berat sebelah, lebihkan istri lg 1, dll. tp kita kena ingat, kita tak duduk dlm situasi mereka. lain la kita pn berpoligami, then br la bole beri nasihat & pandangan lebih lanjut.

salah ke kawin lain kerana seks? apa yg terjadi kalau tk kawin? lg teruk kn? itu yg kita nmpk kecurangan, bayi dibuang, pengguguran haram merata2. yg penting setiap suami ni kena bertanggungjwb!!!, sedar apa yg perlu dilakukan utk rmhtangga dia.

mana ada org yg perfect. rasullullah sendiri pn sket punya susah nk kawal rmhtangga dia dgn isteri2nya. yg penting kesedaran, sabar & iman. insyaallah yg lain2 tu akan dtg sendiri.

teman tk galakkan lelaki kawin lebih dr 1. tp jika berkemampuan (bukan dr segi kewangan je), better g la cari calon2 yg sesuai tak kira la anak dara ke janda ke. yg penting hati isteri pr1 kena jaga. lembutkan hati dia dulu rasanya takde masalah la di blkg hari.

pasai syarat2 dia nak poligami ni pun bukannya mudah gak..bukan main terjah jek,
islam tu kan adil .... http://www.carigold.com/portal/forums/images/smilies/biggrinn.gif

ebby23
10-03-2009, 05:41 PM
:goodpost::goodpost:

sudusenduk
10-03-2009, 05:46 PM
okeyhh..kalau nk kupas psl isu poligami...too many ways n side kite bleh tgk..ad yg dpt feedback positif n negatif...kalau positif,alhamdulillah...si suami berjy buktikn pd msyrkt kebaikan poligami n insya ALLAH besar gandaan pahala nye...pastu kalau isteri2 die menepati syrt,maka payong emas la imbuhannya..

tu dr sudut positif..mcm mane plak dr sudut negatif??sorg suami yg berpoligami semate2 sbb nfsu...istri nye ntah mane hala die taruk...nfkh zahir batin xtentu die beri...berkahwen semate2 nk menghalalkn hbungan utk beberapa mlm tuh..pstu mnghilangkn diri...
ntah2..drh daging sndri pn xknal...
agk2 kuota dh ckop,die ceraikn yg xdiperlukn...kahwin laen...mgkn hbgn dgn istri dh terputus,tp ngan drh daging die???tu tggjwb kn...
kdg2..bkn die yg bg nfkah zahir...istri2 yg terpkse bekerja...bkn sbb nk meringankn beban suami,tp terpakse utk mnyambung hidop...
suami ap tuh??suami sbgai pemimpin,pelindung...bkn pemusnah,peragot...

berape rmi yg btol2 berpoligami mngikot syariat??ssh nk ckp...sket2 mst terpesong gak dr sunnah...nk2 dlm arus kemodenan skang nih...
mcm yg sudu pnh ckp...imam yg seorg susah nk control 4 msjd...dlm 1 msjd ad bilal n ma'mum...bnyk ragam nye..ad ma'mum yg ske solat awal waktu,ad ma'mum yg solat masbuq,n ad ma'mum yg xsolat...besa sgt2 tggjwb nye...mmg kite xde kt tmpt mereka...tp kalau kite pikir2 sndri pn dh nmpk beratnye tggjwb poligami tuh...sdgkn msjd yg 1 pn xterimarah n terkwl,lagik la nk 2,3 msjd...

mcm mane la org bleh pikir remeh psl poligami...suami tuh same gak mcm pemimpin...menggalas amanah...ms kite pikol amanah,kite ibarat antara dua persimpangan...kite ditengah2...kaki kanan selangkah ke syurga,kaki kiri selangkah ke neraka...kalau skali kite gagal jln kn amanah,selangkah kaki kiri akn tergelincir ke neraka...sebalik nya kalau kite berjy jlnkn amanah tuh...

pokpih
10-03-2009, 06:20 PM
hmm bg aku..ok je poligami nih..
tp makesure diri sndri tuh mampu ke x..
yg mnjadi mslhnye skg..kite tgk..yg kua paper skg kebanyakan mslh yg berlaku apabila berpoligami..xde sgt cite psl kebaikan poligami..padehal ade je byk kt lua sn..
tp xdidedahkan sgt.tuh yg wat sume isteri jd takut nk jd madu tuh..hehe:D:D

sudusenduk
10-03-2009, 06:27 PM
hmm bg aku..ok je poligami nih..
tp makesure diri sndri tuh mampu ke x..
yg mnjadi mslhnye skg..kite tgk..yg kua paper skg kebanyakan mslh yg berlaku apabila berpoligami..xde sgt cite psl kebaikan poligami..padehal ade je byk kt lua sn..
tp xdidedahkan sgt.tuh yg wat sume isteri jd takut nk jd madu tuh..hehe:D:D
mmg la ad..tp xbnyk yg btol2 ikt syariat...stakat amk tajok sunnah tu je..intipati xikot pn yg sunnah tuh..
kalau ak di zmn Rasullullah,mmg ak sokong...dan sgt2 mnyokong..
sbb ms zmn tuh bnyk janda,ank2 yatim,hamba..mereka patot dibela...
skang nih bnyk janda..tp mletop2...lbeh ke arh yg xelok je niat poligami tuh...

astalavista6048
10-03-2009, 06:38 PM
Anggaplah poligami sebagai ujian untuk wanita...


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
- Surah At-Taubah ayat 129

*sesungguhnya yg baik itu dtg dr ALLAH, yg buruk itu dtg dr kealpaan diri kita sendiri..
kadang2 sesuatu yg baik itu belum tentu baik utk kita dan yg buruk itu belum tentu BUSUK utk kita..

sudusenduk
11-03-2009, 10:28 AM
mueheheh....sungguh2 pak os nih...
tq pak os...tips tuh utk memujuk hati,mngembalikn smula kepercayaan n kembalikan kite pd yg azali...kite akn jd lbh redha...tp cmne lak dgn pndgn msyrkt??wlapn hati kuat..akal kite,jsd kite mampu x nk tempoh??

lbh baek mencegah dr mngubati kn...jgn menempuh kalau xmampu...bnyk ketidaksudahan nye..pelbagai mslh akn berbgkit...
sbgai pmpuan yg dipoligamikn,even msyrkt taw si suami yg berslh,si suami yg gtl,si suami yg buta nfsu..las skali org akn tuding pd si isteri..bnyk tohmahan si istri akn trime...kalau suami berpoligami,mst org ckp istri xpndi lyn suami,mst ad mslh dlmn,xpndi jg laki n so on..utk istri kedua lak,org ckp perampas,pemusnah rmh tgga n mcm2 lagik...
tu kalau bg suami kawen...kalau xbg kawen lak,mst org ckp sggop tgk laki wat mksiat,queen control n mcm2 lagik..
see...istri yg bakal dipoligami or dh dipoligamikn berada kt tgh2...telan mati mk,kunyah mati bpk...
sbb poligami,institusi rmh tgga musnah..
sbb poligami,tggapan negatif msyrkt makin menjd2...
dorg xksian kn pn,membantu jaoh skali...tp sume tuh..istri yg tanggong sndri...
yg si suami plak..plg2 leh ckp,sbr je la...dorg jeles...si suami bkn nye nk tlg cr pnyelesaian..ksian la sket...bnyk2 mende..pmpuan jadik mgsa...

berat bahu memandg,brt lg bahu memikul...tu br dugaan si istri..ank2 plak cmne??mst rs sdih,diabaikn,n mcm2 lagik..berkongsi kasih bapa ngan org yg xdikenali...kalau cmburu ngan adk beradik sndri xpe..ni cmburu ngan org lua...saket wooo...silap2 leh jd dendam...ank2..jiwa lagik senctip..

berpoligami lah kalau istri tu bnr2 xmampu memberi zuriat atau btol2 xleh pnuhi khendak kite ats sbb2 munasabah...jg lah hati istri sbgai mane die jg hati kite...kalau istri bleh tmpt kn suami sbgai rj dlm hati,y not suami tempat kn istri sbgai ratu di hati..??dlm 1 jajahan xkn ad 2,3 queen..kalau x,sm ada jajahan tu tumbang..xpn,raja akn bertndak zalim pd rakyat..

astalavista6048
11-03-2009, 10:52 AM
ringkasnya....:kiss:


"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga ataupun empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja..."

sudusenduk
11-03-2009, 10:56 AM
kalau lah seringkas yg dinyatakn...alangkah bgos nye....
manusia terknal dgn sikap xpenah puas..hee
kk..ckop2 la psl poligami...adehhh

astalavista6048
11-03-2009, 11:02 AM
ss den tinggalkan 2 soalan utk ss yek...:71:

Benarkah poligami itu sunnah? Sejauh mana poligami dapat membela nasib wanita?

sudusenduk
11-03-2009, 11:47 AM
ss den tinggalkan 2 soalan utk ss yek...:71:

Benarkah poligami itu sunnah? Sejauh mana poligami dapat membela nasib wanita?
rs nye...konteks nih dh menjwb soklan pak os...

ungkapan"poligami itu sunah" sering digunakan sebagai pembenaran poligami. Namun, berlindung pada pernyataan itu, sebenarnya bentuk lain dari pengalihan tanggung jawab atas tuntutan untuk berlaku adil karena pada kenyataannya, sebagaimana ditegaskan Al Quran, berlaku adil sangat sulit dilakukan (An-Nisa: 129).

Dalil "poligami adalah sunah" biasanya diajukan karena sandaran kepada teks ayat Al Quran (QS An-Nisa, 4: 2-3) lebih mudah dipatahkan. Satu-satunya ayat yang berbicara tentang poligami sebenarnya tidak mengungkapkan hal itu pada konteks memotivasi, apalagi mengapresiasi poligami. Ayat ini meletakkan poligami pada konteks perlindungan terhadap yatim piatu dan janda korban perang.Dari kedua ayat itu, beberapa ulama kontemporer, seperti Syekh Muhammad
Abduh, Syekh Rashid Ridha, dan Syekh Muhammad al-Madan-ketiganya ulamaterkemuka Azhar Mesir-lebih memilih memperketat.

Lebih jauh Abduh menyatakan, poligami adalah penyimpangan dari relasi perkawinan yang wajar dan hanya dibenarkan secara syar'i dalam keadaan darurat sosial, seperti perang, dengan syarat tidak menimbulkan kerusakan dan kezaliman (Tafsir al-Manar, 4/287).

tp,pihak lelaki dh memesongkn mksd ayt..

Anehnya, ayat tersebut bagi kalangan yang propoligami dipelintir menjadi
"hak penuh" laki-laki untuk berpoligami. Dalih mereka, perbuatan itu untuk
mengikuti sunah Nabi Muhammad SAW. Menjadi menggelikan ketika praktik poligami bahkan dipakai sebagai tolok ukur keislaman seseorang: semakin aktif berpoligami dianggap semakin baik poisisi keagamaannya. Atau, semakin bersabar seorang istri menerima permaduan, semakin baik kualitas imannya. Slogan-slogan yang sering dimunculkan misalnya, "poligami membawa berkah",
atau "poligami itu indah", dan yang lebih populer adalah "poligami itu
sunah".

Dalam definisi fikih, sunah berarti tindakan yang baik untuk dilakukan.Umumnya mengacu kepada perilaku Nabi. Namun, amalan poligami, yang dinisbatkan kepada Nabi, ini jelas sangat distorsif. Alasannya, jika memang dianggap sunah, mengapa Nabi tidak melakukannya sejak pertama kali berumah tangga?

Nyatanya, sepanjang hayatnya, Nabi lebih lama bermonogami daripada berpoligami. Bayangkan, monogami dilakukan Nabi di tengah masyarakat yang menganggap poligami adalah lumrah. Rumah tangga Nabi SAW bersama istri tunggalnya, Khadijah binti Khuwalid RA, berlangsung selama 28 tahun. Baru kemudian, dua tahun sepeninggal Khadijah, Nabi berpoligami. Itu pun dijalani hanya sekitar lapan tahun dari sisa hidup beliau. Dari ini,sebenarnya tidak beralasan pernyataan "poligami itu sunah".

Sunah, seperti yang didefinisikan Imam Syafi'i (w. 204 H), adalah penerapan Nabi SAW terhadap wahyu yang diturunkan. Pada kasus poligami Nabi sedang mengejawantahkan Ayat An-Nisa 2-3 mengenai perlindungan terhadap janda mati dan anak-anak yatim. Dengan menelusuri kitab Jami' al-Ushul (kompilasi dari enam kitab hadis ternama) karya Imam Ibn al-Atsir (544-606H), kita dapat menemukan bukti bahwa poligami Nabi adalah media untuk menyelesaikan persoalan sosial saat itu, ketika lembaga sosial yang ada belum cukup kukuh untuk solusi.

Bukti bahwa perkawinan Nabi untuk penyelesaian problem sosial boleh dilihat pada teks-teks hadis yang membicarakan perkawinan-perkawinan Nabi. Kebanyakan dari mereka adalah janda mati, kecuali Aisyah binti Abu Bakr RA.


Selain itu, sebagai rekaman sejarah jurisprudensi Islam, ungkapan "poligami itu sunah" juga merupakan reduksi yang sangat besar. Nikah saja, menurut fikih, memiliki berbagai predikat hukum, tergantung kondisi calon suami,calon istri, atau kondisi masyarakatnya. Nikah bisa wajib, sunah, mubah (boleh), atau sekadar diizinkan. Bahkan, Imam al-Alusi dalam tafsirnya, Rűh al-Ma'âni, menyatakan, nikah bisa diharamkan ketika calon suami tahu dirinya
tidak akan bisa memenuhi hak-hak istri, apalagi sampai menyakiti dan
mencelakakannya. Demikian halnya dengan poligami. Karena itu, Muhammad Abduh dengan melihat kondisi Mesir saat itu, lebih memilih mengharamkan poligami.

Nabi dan larangan poligami

Dalam kitab Ibn al-Atsir, poligami yang dilakukan Nabi adalah upaya
transformasi sosial (lihat pada Jâmi' al-Ushűl, juz XII, 108-179). Mekanisme poligami yang diterapkan Nabi merupakan strategi untuk meningkatkan kedudukan perempuan dalam tradisi feudal Arab pada abad ke-7 Masehi. Saat itu, nilai sosial seorang perempuan dan janda sedemikian rendah sehingga seorang laki-laki dapat beristri sebanyak mereka suka.

Sebaliknya, yang dilakukan Nabi adalah membatasi praktik poligami,mengkritik perilaku sewenang-wenang, dan menegaskan keharusan berlaku adil dalam berpoligami.

Ketika Nabi melihat sebagian sahabat telah mengawini delapan sampai sepuluh perempuan, mereka diminta menceraikan dan menyisakan hanya empat. Itulah yang dilakukan Nabi kepada Ghilan bin Salamah ats-Tsaqafi RA, Wahb al-Asadi,dan Qais bin al-Harits. Dan, inilah pernyataan eksplisit dalam pembatasan terhadap kebiasan poligami yang awalnya tanpa batas sama sekali.

Pada banyak kesempatan, Nabi justru lebih banyak menekankan prinsip keadilan berpoligami. Dalam sebuah ungkapan dinyatakan: "Barang siapa yang mengawini dua perempuan, sedangkan ia tidak bisa berbuat adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus" (Jâmi' al-Ushűl, juz XII, 168, nomor hadis: 9049). Bahkan, dalam berbagai kesempatan, Nabi SAW menekankan pentingnya bersikap sabar dan menjaga perasaan istri.

Teks-teks hadis poligami sebenarnya mengarah kepada kritik, pelurusan, dan pengembalian pada prinsip keadilan. Dari sudut ini, pernyataan "poligami itu sunah" sangat bertentangan dengan apa yang disampaikan Nabi. Apalagi dengan melihat pernyataan dan sikap Nabi yang sangat tegas menolak poligami Ali bin Abi Thalib RA. Anehnya, teks hadis ini jarang dimunculkan kalangan propoligami. Padahal, teks ini diriwayatkan para ulama hadis terkemuka: Bukhari, Muslim, Turmudzi, dan Ibn Majah.
Nabi SAW marah besar ketika mendengar putri beliau, Fathimah binti Muhammad SAW, akan dipoligami Ali bin Abi Thalib RA. Ketika mendengar rencana itu, Nabi pun langsung masuk ke masjid dan naik mimbar, lalu berseru: "Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengawinkan putri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan,kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan putriku, kupersilakan mengawini putri mereka. Ketahuilah, putriku itu bagian dariku; apa yang mengganggu perasaannya adalah menggangguku juga, apa yang menyakiti hatinya adalah menyakiti hatiku juga." (Jâmi' al-Ushűl, juz XII, 162, nomor hadis: 9026).

Sama dengan Nabi yang berbicara tentang Fathimah, hampir setiap orangtua tidak akan rela jika putrinya dimadu. Seperti dikatakan Nabi, poligami akan menyakiti hati perempuan, dan juga menyakiti hati orangtuanya.

Jika pernyataan Nabi ini dijadikan dasar, maka bisa dipastikan yang sunah justru adalah tidak mempraktikkan poligami karena itu yang tidak dikehendaki Nabi. Dan, Ali bin Abi Thalib RA sendiri tetap bermonogami sampai Fathimah RA wafat.


Dalam karakter fikih Islam, sebenarnya pilihan monogami atau poligami
dianggap persoalan parsial. Predikat hukumnya akan mengikuti kondisi ruang dan waktu. Perilaku Nabi sendiri menunjukkan betapa persoalan ini bisa berbeda dan berubah dari satu kondisi ke kondisi lain. Karena itu, pilihan monogami-poligami bukanlah sesuatu yang prinsip. Yang prinsip adalah keharusan untuk selalu merujuk pada prinsip-prinsip dasar syariah, yaitu keadilan, membawa kemaslahatan dan tidak mendatangkan mudarat atau kerusakan (mafsadah).

Dan, manakala diterapkan, maka untuk mengidentifikasi nilai-nilai prinsipal dalam kaitannya dengan praktik poligami ini, semestinya perempuan diletakkan sebagai subjek penentu keadilan. Ini prinsip karena merekalah yang secara langsung menerima akibat poligami. Dan, untuk pengujian nilai-nilai ini haruslah dilakukan secara empiris, interdisipliner, dan obyektif dengan melihat efek poligami dalam realitas sosial masyarakat.

Dan, ketika ukuran itu diterapkan, sebagaimaan disaksikan Muhammad Abduh,ternyata yang terjadi lebih banyak menghasilkan keburukan daripada kebaikan.Karena itulah Abduh kemudian meminta pelarangan poligami.

Dalam konteks ini, Abduh menyitir teks hadis Nabi SAW: "Tidak dibenarkan segala bentuk kerusakan (dharar) terhadap diri atau orang lain." (Jâmi'a al-Ushűl, VII, 412, nomor hadis: 4926). Ungkapan ini tentu lebih prinsip dari pernyataan "poligami itu sunah".


persoalannya...berapa bnyk kaum lelaki yg berpoligami untuk membela nasib golongan wanita tertindas,memerdekakan hamba??sampai x tujuan berpoligami tuh??utk zmn skrg,tujuan poligami tuh lbh kpd nafsu..maaf ckp...kbnykn yg kite lihat itu sahaja..xpernah lagi dgr seorg lelaki berpoligamikn seorg janda ank 5 yang daif...xpernah lagi dgr seorg lelaki berpoligamikn seorg ank dara tua semata2 utk mngelakkn tohmahan org...sume yg berpoligami mahukn istri yg muda2,cntk,meletop yg kdg2 sebaya mcm ank die....

astalavista6048
11-03-2009, 12:09 PM
persoalannya...berapa bnyk kaum lelaki yg berpoligami untuk membela nasib golongan wanita tertindas,memerdekakan hamba??sampai x tujuan berpoligami tuh??utk zmn skrg,tujuan poligami tuh lbh kpd nafsu..maaf ckp...kbnykn yg kite lihat itu sahaja..xpernah lagi dgr seorg lelaki berpoligamikn seorg janda ank 5 yang daif...xpernah lagi dgr seorg lelaki berpoligamikn seorg ank dara tua semata2 utk mngelakkn tohmahan org...sume yg berpoligami mahukn istri yg muda2,cntk,meletop yg kdg2 sebaya mcm ank die....
rentetan dari pernyataan diatas....cuba kita pandang dari sudut hikmah dan manfaat poligami itu sediri lak.:)

HIKMAH DAN MANFAAT POLIGAMI



Setiap yang disyari’atkan dalam Islam, pasti memiliki hikmah dan manfaat yang besar untuk ummatnya. Dibolehkannya poligami adalah cara terbaik dalam menciptakan keluarga dan masyarakat agar terjaga kemuliaan dan kehormatannya.


Ada beberapa hal bisa disebutkan untuk menunjukkan hikmah dan manfaat poligami, sebagai berikut:



Poligami merupakan syari’at yang dipilih Allah SWT untuk kemaslahatan ummat-Nya.
Seorang wanita mengalami sakit, haidh, nifas dan sejenisnya, yang menghalangi dirinya menjalankan tugas-tugas sebagai pasangan suami-isteri. Sedangkan lelaki, ia selalu siap menjadi penyebab bertambahnya ummat ini. Seandainya seorang lelaki tertahan pada masa-masa wanita berhalangan, tentu kemanfaatannya berkurang.

Allah telah menjadikan jumlah lelaki lebih sedikit dari wanita. Kaum lelaki juga lebih banyak menghadapi sebab-sebab kematian dalam seluruh kehidupannya. Seandainya lelaki hanya dicukupkan dengan seorang wanita, tentulah banyak tersisa wanita yang tidak mendapatkan suami, sehingga memaksa mereka berbuat perbuatan kotor. Dan berpaling dari petunjuk al-Quran dalam permasalahan ini menjadi sebab terbesar dalam masalah ahlak.


Tentang jumlah lelaki dan wanita ini Rasulullah menjelaskan dalam sabdanya:
Di antara tanda-tanda kiamat, yaitu berkurangnya ilmu dan tampaknya kebodohan, tampak zina dan wanita menjadi banyak, sedangkan lelaki menjadi sedikit, hingga seorang lelaki berbanding dengan lima puluh wanita, [Mutafaqun ‘alaihi].


Secara umum, seluruh wanita selalu siap untuk menikah. Dan sebaliknya, banyak lelaki yang tidak memiliki kemampuan melaksanakan konsekwensi pernikahan karena kefakirannya. Sehingga kaum lelaki yang siap menikah lebih sedikit dari wanita.(like perkahwinan di Arab yg kecoh pada hjg thn lalu).

Poligami dapat mengangkat kemulian wanita yang suaminya meninggal atau menthalaqnya, sedangkan dirinya tidak memiliki seorang pun dari keluarganya yang dapat menanggungnya. Sehingga dengan poligami ada yang bertanggung jawab atasnya.

sudusenduk
11-03-2009, 12:31 PM
berlaku adilkah mereka??
tercapai ke tujuan poligami??
bagaimana nasib istri yg teraniaya(terabai,digantong xbertali) lps poligami??terbelakah mereka??nsb ank2....??
kalau ad jaminan keadilan,kebahagiaan,keselesaan selepas poligami,kompem mslh ni xkn berbgkit...maybe akn lebih rmi wanita yg membenarkn poligami...tp keburukan berpoligami utk zaman ni,lg bnyk berbanding kebaikan dan hikmah...

bilangan lelaki makin sedikit...dlm yg sedikit,xsemua celik agama...lbh rmi yg melanggar hukum dr berpandukan agama...dh la sedikit,makin sedikit jadinya..
wanita makin ramai...makin rmai,makin bnyk ragam,kemungkinan besar makin rmi terpesong akidahnya..akal kami yg 1,minta dikawal oleh akal yg 9...tp mampukah akal yg 9 mngawal nfsu yg 1??nfsu yg 1 xdpt dikawal,lg kn mahu dikawal nfsu kami yg 9...

bilangan yg sedikit nk mngawal bilangan yg besar sgt sukar...kalau kne care,jumlah yg besar boleh dikecilkn...mslh yg besar boleh dikurangkn...tp disebabkn nfsu yg 1,mslh berlipat kali ganda besarnye...nk diatasi pyh,nk dielak sukar...

astalavista6048
11-03-2009, 12:59 PM
Islam tidak memaksa lelaki berpoligami, tetapi mengizinkannya sebagai keharusan yang dapat menyelesaikan banyak masalah. Namun pemikiran jumud telah menghantui sebahagian pengulas poligami ini. Apabila ada kes ketidakadilan yang dilakukan oleh sebahagian pengamal poligami maka sistem itu disalahkan. Adalah tidak pelik untuk mereka ini mengikut jejak langkah barat suatu hari nanti mengizinkan hubungan tanpa nikah atas alasan perkahwinan mengongkong wanita dan menzalimi mereka. Bila mereka melihat ada suami yang tidak adil maka perkahwinan akan dianggap menginayai wanita dan patut dicegah.

Dalam banyak kes kecuaian dan kezaliman rumah tangga tidak berfaktor poligami. Bahkan ianya berfaktorkan sikap suami itu sendiri, atau hubungannya dengan wanita luar tanpa keizinan syarak, atau tekanan-tekanan luar. Malangnya hal ini tidal difahami dengan baik oleh sesetengah pengulas poligami. Apatah lagi sebahagian pengulas tersebut adalah wanita yang tidak memiliki rumah tangga.

Al-Quran satu-satu kitab agama di atas muka bumi ini yang menentu satu isteri bagi yang tidak dapat berlaku adil. Ini sama seperti semua perkara di dalam Islam ada peraturannya. Sehingga yang berkahwin seorang (monogami) juga ada disiplin dan peraturan yang mesti diikuti. Persoalan keadilan untuk isteri, bukan sahaja bagi yang berpoligami, yang bermonogami juga mesti adil terhadap isterinya yang seorang tersebut, cumanya konteks pengendaliannya sahaja yang berbeza. Bahkan setiap bapa yang memiliki lebih dari seorang anak juga mesti adil terhadap anak-anaknya.

Sebenarnya bukanlah Islam sahaja yang memulakan keizinan berpoligami. Agama-agama lagi juga telah mengizinkannya. Bahkan pihak gereja seperti yang dinyatakan oleh Waster Mark, telah mengiktiraf poligami sehingga ke kurun yang ke tujuh belas, di mana perlaksanaanya ketika itu begitu meluas.

Persoalan seperti poligami ini sebenar tidak boleh dibincangkan dengan nada emosi kewanitaan yang tidak terbimbing semata, atau pandangan sekumpulan lelaki yang takutkan isteri mereka. Hukum-hakam syarak memenuhi tuntutan akal yang waras dan logik yang kukuh sekalipun mungkin emosi membantahnya. Jika kita melihat kepada seseorang doktor yang menyuntik seorang bayi dengan jarumnya sehingga menyebabkan bayi tersebut menangis, andainya fikiran kita tidak dipenuhi pengetahuan tentang kebaikan tindakan doktor tersebut, kita tentu akan membantah dan menganggap doktor seorang yang zalim, menginayai bayi tersebut sehingga dia kesakiatan dan menangis. Namun apabila pengetahuan kita cukup kita tidak lagi melihat kepada tangisan bayi tetapi kepada kebaikan yang akan diperolehinya. Demikian juga poligami...ok

Sesungguhnya Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.

Janganlah kerana sikap atau penyakit seseorang yang teracun dengan racun emosi lalu dia ingin membakar kedai ubat yang menjual poligami. Bagi racun yang dimakan itu ubatnya adalah memahami akidah dan takutkan hukum-hakam Allah. Kembali kepada Islam, membacanya bahan tanpa prajudis dan kebencian. Baiki akidah dan kepercayaan terhadap al-Din ini.

Poligami Adalah Hukum Allah:kiss: (http://hikmatun.wordpress.com/2007/01/13/poligami-adalah-hukum-allah/)

spark
11-03-2009, 01:11 PM
ade chan ni ss jadi bini no 2 pak os..:)):))

astalavista6048
11-03-2009, 01:17 PM
ade chan ni ss jadi bini no 2 pak os..:)):))

kecik tapak tangan niru den ...:):)):))

sudusenduk
11-03-2009, 01:28 PM
bkn membenci apatah lagi membantah..cuma lebih kpd xmnyokong...sesiapa nk berpoligami,berpoligami lah...tp kne ingt,hukum,syariat,syarat kne patuh..bkn sekadar laksana je..kalau stakat laksana,tp xseiring amalan,sm juga ibarat mkn,tp xkunyah hanya menelan shaja..hilang nikmat n rase..mgkin bertambah derita...sm ad derita di mulut,ataw derita di perot...

pendapat pak os ad benarnye berdasarkn hukum dan hujah xdpt disangkal..tp teori n praktikal xsemestinye seiring...sudu berckp berdsrkn praktikal n observation..dlm 1 eksperimen xsemestinye inferens ngan kesimpulan sm..mgkn terpesong sedikit dan mgkn jugak xsm lgsg...
berckp psl emosi..emosi kdg2 meransang kite berckp dgn lantang,tp xsmestinye dgn emosi kite xrasional...cthnye,ad org terpakse membunuh sbb tertekan tp dlm ms yg sm nk protect diri...berbeza ngan org yg membunuh sbb nk selesaikn mslh.ini mmg tindakan xrasional..

msg2 bleh mengkaji dr pelbagai sudut...kalau mengkaji dr sudut positif,positif la kesimpulannya..tp kalau mngkaji dr sudut negatif,negatif la kesimpulannya...mengkaji pulak perlu dr pelbagai medium..rangkuman teori,praktikal,amalan,kesan n akibat...msti ad pro n kontra...xadil rs nye kalau terang2 dituduh membenci agama n trok akidahnye...

kalau slh ubat,kite bleh bli ubat laen...xgne care moden,kite gne care kg slagi ad ikhtiar...stiap pnyakit pasti ad ubatnye..kalau xpuas ht ngan ubt tuh,xperlu dibakar kdai ubtnye...bkn slh kn kdai ubt mahupn ubt nye,tp slh kn diri sndri yg xalert n xberhati2...kemudian cari lah doktor yg lebih pakar utk peroleh nasihat n ubt yg len yg lebih diyakini keberkesanannye...

sudusenduk
11-03-2009, 01:31 PM
ade chan ni ss jadi bini no 2 pak os..:)):))


kecik tapak tangan niru den ...:):)):))
oit2...ap kes...nk kne nih korg nih..
sudu xterlibat wooo::joget::::joget::::joget::