Assalamualaikum serta salam sejahtera kepada semua ahli ehoza yang dikasihi ...
Dengan sukacitanya pihak admin telah bersepakat di dalam mengeluarkan sebuah garis panduan di bawah tentang penganjuran sebarang aktiviti perjumpaan menggunakan nama eHoza yang mungkin dianjurkan oleh eHozarians, baik ahli berdaftar, ahli VIP mahupun para moderator.
Ini adalah bagi mengelakkan pelbagai kerenah yang menjurus kepada implikasi negatif ekoran kelamahan penganjuran yang mana jika tidak diberi perhatian berkemungkinan boleh membawa implikasi aspek legal kepada pihak pengurusan eHoza.com.
Quote:
Garis Panduan Penganjuran Aktiviti Menggunakan Forum ehoza.com :-
- Posting anda di forum ehoza.com adalah sebanyak 500 dan ke atas ;
- Terlebih dahulu membuat sebuah cadangan ringkas tarikh, waktu,, premis serta objektif aktiviti ;
- Kemukakan cadangan ringkas aktiviti anda kepada admin (samada, apect, ayam, lopaque, kahar, kimmy_ky atau untouchable ;
- Anda boleh membuat posting aktiviti di forum ehoza.com setelah mendapat kebenaran ringkas dari admin di atas ;
- Anda diwajibkan senantiasa aktif membuat follow-up terhadap thrad aktiviti anda dan kerap menjawab pertanyaan ahli-ahli forum berkenaan aktiviti anda ;
- Anda harus bertanggungjawab di dalam memastikan kelancaran semasa berlangsungnya aktiviti tersebut ;
- Anda bertanggungjawab di atas sebarang implikasi di atas anjuran aktiviti anda dari pelbagai aspek i.e keselamatan, kebersihan, keharmonian pengunjung dan orang ramai yang berada di dalam premis aktiviti anjuran anda dsb.
|
Kami berharap anda akur dengan garis panduan yang telah digariskan yang bukan niat kami ingin mengadakan pelbagai birokrasi di dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti melibatkan ahli-ahli ehoza, malah AMAT menggalakkan lagi anjuran sepertinya, namun kami hanya ingin mengambil langkah berhati-hati, mohon anda semua faham.
Walau bagaimanapun, sebarang aktiviti yang dirancang di luar forum i.e sms, panggilan telefon serta tidak menggunakan nama ehoza adalah dibenarkan sebagai mengambil kira ianya sebagai perjumpaan tidak rasmi ahli2 lain yang berkomunikasi dengan medium lain selain dari forum ehoza.
Sebarang penggubalan garis-garis panduan yang difikirkan perlu kelak akan diulas dari masa ke semasa, mohon refer pada thread ini ketika anda ingin menganjurkan sebarang aktiviti ehoza.
Sekian, terima kasih dan harap maklum.
“ SELAMAT BERAMAS MESRA ”