IMPORTANT: Section 'Isu Semasa' 'Politik' 'Info Selebriti, Dan Kawasan Sewaktu Dengannya - Ehoza.com - Let's Get Inspired :: Global Information Community ::
salam sejahtera kepada semua rakan-taulan sini yer,
sejak-semenjak kebelakangan ini, kami perhatikan banyak informasi serta maklumat-maklumat yang dilaporkan dan diberitakan di pelbagai Section pada forum ehoza, terima kasih kami ucapkan pada mereka-mereka yang rajin membuat posting berilmiah.
walau bagaimanapun, saya terpanggil untuk mengajak anda ketika mengwar war kan berita tersebut, seboleh-bolehnya beritakanlah yang seimbang bagi menjamin saluran informasi di dalam ehoza ni bermutu dan tidak dipandang berhaluan kiri mahupun kanan ataupun radikal.
saya juga ingin mengajak diri anda termasuk diri saya untuk memberitakan juga perkara-perkara yang positif yang berlaku di dalam negara kita. adakah anda bangga menjadi rakyat yang melaporkan serta mengaibkan negara? marilah kita sama-sama menjadi neutral dan sampaikan mengikut fakta, dan bukan perasaan.
saya beri contoh pada saudara-saudari sekalian :-
sebelum-sebelum ini banyak diberitakan perkara-perkara tidak elok mengenai kod etika polis yang bercanggah dengan amalan mereka, misalnya sogokan rasuah dan sebagainya. tetapi ketika thread ini di-postkan, saya tidak nampak SEBARANG berita yang melaporkan 2 org pegawai polis berpangkat rendah yang dianugerahkan PM kerana berjaya menahan lori yang sarat penuh dengan dadah syabu serta MENOLAK wang sogokan sebanyak RM500,000 seorang.
janganlah hendaknya kita termasuk saya cepat melatah serta menempelak peribadi2 orang, dan berikanlah pujian ketika sepatutnya. bak kata perpatah inggeris, "Serve The Devil His Due".
yang membaca nie, jangan ada yang kecil hati, peringatan ini hanyalah semata-mata ingin melihat ehoza menjadi saluran informasi yang baik, positif serta lebih seimbang di dalam penyampaiaan dan tidak hanya sekadar menjadi bahan bacaan seperti bacaria, mangga, mastika, metro (muka depan sure sensasi, ntah apa2 tak mcm dulu), dan tabloid2 lain seangkatan dengannya. mohon letakkan sumber info anda terutama bagi berita berbentuk 'copy & paste' kerana berita yang anda laporkan boleh membawa kepada isu 'legal' ke atas management eHoza (pernah naris berlaku).
yang lepas, lepaskan, sekarang mulakan yang baru, jangan berhenti posting plak selepas pengumuman ini kerana kami tetap menghargai anda, cuma kadangkala kami terpanggil untuk membimbing anda berforum sepertimana komitmen anda menghargai usaha kami menyedia sebuah medium bagi kita berkongsi ilmu, terima kasih semua
rgds,
kahar
__________________
Life in mono ...
.
Last edited by kahar; 17-01-2010 at 11:31 PM.
Views: 1618
The Following 38 Users Say Thank You to kahar For This Useful Post:
erm...aku pon akan berhati2 mengepost past nih...wpon aku xselalu mengepos kat sec politikus, tp aku kopipes dr suratkabar online je..jd, aku akan menilai sotkobar tuh dulu.kalo standard metro@mangga, boo layan.
orait kaharinho, me akan take note...., try to be fair pada apa jua sumber maklumat yg diterima.........
__________________
"Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you was beyond my control." "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
(el_zafa@ehoza.com)
bro, sbb tu la aku dok "menahan diri" dr post apa2 story dr website suratkhabar.
x salah copy paste pun, tp aku rasa akan jd lebih baik kalau org yg cut paste tu ada jgk masukkan apa2 analisis sendiri ke, apa ke...
__________________
Nowadays people know the price of everything and the value of nothing
aah, bukan apa, saya cuba kupaskan lagi buat ringkasan ok :
Section Info Selebriti :
dah tiada ke berita-berita yang baik hendak diceritakan dlm ehoza nie? adakah artis2 tanahair kita semuanya yang jahat2 belaka? boleh beritakan , tiada salahnya, kami pun suka membaca berita2 panas, apalagi yang menjolok mata, heh, but seimbangkan, jikalau ada artis2 buat kebajikan tu, beritakan, apa salahnya kan
Section Info Politik :
kami suka sekiranya anda memberitakan secara bernas. yang paling kami titik-beratkan, tolonglah jangan sampai ada 2 pihak yang bertelagah, cuma menilai secara terbuka, jangan memanggil2 nama serta melabel individu sesuka hati, adakah anda pasti anda individu yang lebih baik dari si dia yang menjadi mangsa kutukan, cacian serta sumpah seranah anda? anda tahu latarbelakang beliau bagaimana?
bayangkan scenario ini -
jika ehoza menjadi sarang pembangkang, penyokong2 pihak satu lagi akan hack, DOS attack dsbnya terhadap ehoza.
jika ehoza menjadi sarang puak penyokong kerajaan, pihak satu lagi pula akan hack, DOS attack dsbnya terhadap ehoza.
anda mahu ini? tentu tidak kan. anda 2 pihak bertelagah sapa yang untung? orang2 sana tetap kaya kan, kita nak dedua pihak dari ideologi (ada yang kata 3 pihak), berbaik-baik, jikalau pihak pembangkang beri pendapat kita hormat, ucapkan terima kasih, sampaikan salam baik2 pada mereka, jgn nak berdebat secara maya nie tiada KESUDAHANNya, percayalah cakap kami., gunakan ayat2 seperti, "alar bro, jangan marah k, kita tetap kawan kan" diselitkan dalam hujah2 anda dalam membangkang mereka, gunakanlah emoticon yang baik2 sepenuhnya. its words without tonation, itu kena jaga k, ini manusia, hati and perasaan lelain
begitu juga jikalau pihak penyokong govt memberi pendapat, janganlah pula cepat melatah, win your opposition thru psychology, not harsh words
anda bergaduh sesama sendiri, itukan mengaibkan namanya, yang anda maki hamun dok sumpah seranah tu bangsa melayu tu, anda juga ramai yang bangsa melayu kan, sedih k
Section Isu Semasa :
dahpun diberi contoh di dalam posting #1 di atas.
mohon beri pengertian serta pemahaman mendalam, jangan peringatan kami ini ada yang kecil hati. kesimpulannya, boleh posting bahan2 panas, bukan tak boleh, but seimbangkan lah yer, kita mahu ehoza menjadi gedung maya ilmu saluran informasi terkini berdasarkan fakta seimbang dan tidak berat sebelah.
rgds,
kahar
__________________
Life in mono ...
.
Last edited by kahar; 01-07-2009 at 08:22 PM.
The Following 12 Users Say Thank You to kahar For This Useful Post: