IMPORTANT: Section 'Isu Semasa' 'Politik' 'Info Selebriti, Dan Kawasan Sewaktu Dengannya - Page 3 - Ehoza.com - Let's Get Inspired :: Global Information Community ::
salam sejahtera kepada semua rakan-taulan sini yer,
sejak-semenjak kebelakangan ini, kami perhatikan banyak informasi serta maklumat-maklumat yang dilaporkan dan diberitakan di pelbagai Section pada forum ehoza, terima kasih kami ucapkan pada mereka-mereka yang rajin membuat posting berilmiah.
walau bagaimanapun, saya terpanggil untuk mengajak anda ketika mengwar war kan berita tersebut, seboleh-bolehnya beritakanlah yang seimbang bagi menjamin saluran informasi di dalam ehoza ni bermutu dan tidak dipandang berhaluan kiri mahupun kanan ataupun radikal.
saya juga ingin mengajak diri anda termasuk diri saya untuk memberitakan juga perkara-perkara yang positif yang berlaku di dalam negara kita. adakah anda bangga menjadi rakyat yang melaporkan serta mengaibkan negara? marilah kita sama-sama menjadi neutral dan sampaikan mengikut fakta, dan bukan perasaan.
saya beri contoh pada saudara-saudari sekalian :-
sebelum-sebelum ini banyak diberitakan perkara-perkara tidak elok mengenai kod etika polis yang bercanggah dengan amalan mereka, misalnya sogokan rasuah dan sebagainya. tetapi ketika thread ini di-postkan, saya tidak nampak SEBARANG berita yang melaporkan 2 org pegawai polis berpangkat rendah yang dianugerahkan PM kerana berjaya menahan lori yang sarat penuh dengan dadah syabu serta MENOLAK wang sogokan sebanyak RM500,000 seorang.
janganlah hendaknya kita termasuk saya cepat melatah serta menempelak peribadi2 orang, dan berikanlah pujian ketika sepatutnya. bak kata perpatah inggeris, "Serve The Devil His Due".
yang membaca nie, jangan ada yang kecil hati, peringatan ini hanyalah semata-mata ingin melihat ehoza menjadi saluran informasi yang baik, positif serta lebih seimbang di dalam penyampaiaan dan tidak hanya sekadar menjadi bahan bacaan seperti bacaria, mangga, mastika, metro (muka depan sure sensasi, ntah apa2 tak mcm dulu), dan tabloid2 lain seangkatan dengannya. mohon letakkan sumber info anda terutama bagi berita berbentuk 'copy & paste' kerana berita yang anda laporkan boleh membawa kepada isu 'legal' ke atas management eHoza (pernah naris berlaku).
yang lepas, lepaskan, sekarang mulakan yang baru, jangan berhenti posting plak selepas pengumuman ini kerana kami tetap menghargai anda, cuma kadangkala kami terpanggil untuk membimbing anda berforum sepertimana komitmen anda menghargai usaha kami menyedia sebuah medium bagi kita berkongsi ilmu, terima kasih semua
rgds,
kahar
__________________
Life in mono ...
.
Last edited by kahar; 17-01-2010 at 10:31 PM.
Views: 1629
The Following 38 Users Say Thank You to kahar For This Useful Post:
sedara, informasi ni tak terbatas. malah ade web yg menyediakan informasi cite dlm kelambu lagi. di sini sumenya masih terkawal. jika ia dtg dr movie, ingin diingatkan, ade juga user dr luar negara yang mengepost bahan di sini. jika ianya porno dan keterlaluan bagi kite, tp bagi mereka ianya perkara biasa. lbh2 lagi ianya berunsurkan secara terbuka. not only u, but many others can open any topic here. kalo dh msk bulan pose, kami sedaya upaya mengawal keadaan. selebihnya tu, terpulang pd user sndr. takkan marahkan nyamuk, kelambu dibakar?
aa... lupa nak tambah, sekiranya ada posting yg dirasakan keterlaluan, jgn memalu, jgn segan.. klik jer butang report tu yer..
nanti kita timbang2 nak closed ke or terus delete.
tu la tujuan kat ehoza ni kita sediakan button report tu..
so gunakan la sepenuhnya kemudahan yg sedia ada tu ok?
aa... lupa nak tambah, sekiranya ada posting yg dirasakan keterlaluan, jgn memalu, jgn segan.. klik jer butang report tu yer..
nanti kita timbang2 nak closed ke or terus delete.
tu la tujuan kat ehoza ni kita sediakan button report tu..
so gunakan la sepenuhnya kemudahan yg sedia ada tu ok?
akhirnya pihak admin dh keluarkn annoucement...hahaha niss lpas ni tak pyh pening2..btui tak niss
thanks for admin yg alert for this thing..harap-harap lpas ni forum dipenuhi info yang berilmiah dan berguna,bukan lagi dipenuhi gossip2 or isu2 politik tanahair yang mungkin menganggu sensitiviti sesetengah pihak..
maner yang baik elok dikongsi bersama, "sharing is caring"
__________________
"Life is like a box of chocolates...you never know what you're gonna get"
Apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung. Apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana. Jadi bagaimana aku harus terus hidup. Kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…?
kte kn ade butang report..kdgr2 sup mod ng mod pn telepas pndang..almaklum la diorg pn ad tanggugnjwb len kn..ng butang report tu la ley wat mod ni detect bnda2 yg x sptutnya ad kn..tq so much kpd korg yg da gunekn butang tu..
al-malangnya, ketika thread ini terpapar, masih wujud lagi elemen-eleman kurang yang dititikberatkan yang mejurus kepada negatif. walau bagaimanapun, perbezaan serta kurang jumlah posting2 tersebut adalah amat ketara, SYABAS semua
ok, saya ingin membawa perhatian saudara-saudari rakan kami di sini bahawa kami masih lagi mendapat ramai (lebih kurang 5-6) users yang masih membuat posting copy n paste berita dengan TIDAK MENYATAKAN SUMBER info tersebut.
anda mungkin menganggap ianya suatu perkara remeh. oleh yang demikian, saya akan ceritakan anda suatu scenario yang PERNAH berlaku di ehoza suatu ketika dulu, individu2 terbabit pasti ingat terutamanya bos apect n few individuals :-
pada suatu ketika, pernah suatu cerita di-postkan di sini mengenai seorang individu yang bukan dari kalangan komuniti eHoza. dipendekkan cerita, individu terbabit telah nekad mengugut untuk mengambil TINDAKAN MAHKAMAH terhadap pihak pengurusan eHoza ketika itu. namun, setelah beberapa tindakan drastik dibuat to recitfy the problem, akhirnya ugutan tersebut telah berjaya diselesaikan oleh pihak admin.
so, mohon kerjasama dari mereka-mereka yang cenderung untuk copy-paste berita-berita dari luar untuk MENYATAKAN SUMBER info terutamanya berita-berita yang berbentuk 'COPY & PASTE' ini. jangan nanti pada masa-masa hadapan, kami mendapat 'tempiasnya' dari tindakan 'tidak sengaja' anda kelak
however, janganlah hendaknya pengumuman ini melemahkan semangat anda untuk terus berposting, kami amat-amat menghargai posting anda, cuma mesti kena dengan caranya yer, 10q
Quote:
Originally Posted by muyyaQ
akunye cadangan la...lantik je wartawan ehoza. each wartawan ade 3-4 sumber berita,xleh dari sumber yg same.
Quote:
Originally Posted by apect
sape yg btol2 bertauliah utk dilantik jadik wartawan? cadangan?
yeps, thanx, but allow me to elaborate secara detail lagi apa maksud tersirat kenyataan apect di atas ni k bro.
masalahnya, apabila kami buka kan cadangan bagi sesapa dan individu terbabit untuk memegang perlbagai tanggungjawab dan jawatan bagi membantu ehoza lebih berkembang di dalam pelbagai Section, ramai yang menyepi diri, ramai yang segan-segan, ramai yang menolak dengan memberi 101 alasan (my personal experience with them k bro).
dan bagi yang tampil berminat pulak, macam banyak pula yang tak kena dengan ketrampilan mereka kurang berkelayakan. akhirnya, ianya menjadi dilemma kami di sini.
Quote:
Originally Posted by nissC20
setahu aku sepanjang bulan puasa, beberapa section akan ditutup untuk menghormati bulan ramadan & selalunya pada waktu itu semua user akan berhati2 & mengelakkan mengepost material berkenaan..
i second your statement, betul.
Quote:
Originally Posted by apect
sebenarnya kalo nk dibandingkan, thread2 camtu hanyalah 15% dari keseluruhan intipati ehoza ni. selebihnya yg lain masih menjurus ke arah informasi yang berguna. thread yg mcm sampah, usah dilayan
inipun saya ingin sentuh sedikit agar user lebih faham maksud penyataan sdr apect di atas. anda semua mempunyai gerak hati masing-masing. sekiranya berita yang disampaikan bernas, teruskan penglibatan diri anda di thread tersebut dan saya sendiri masih mendapati eHoza ni memang masih lagi mempunyai beberapa Section yang kurang penglibatan oleh user tetapi ianya amat bermanfaat n interesting serta berilmiah sepertimana yang diberitahu oleh sdr apect di atas. contohnya, Sub-Section Info Sejarah, adakah anda selalu melayari Section ini? try ok, its VERY interesting. saya sudah berumur 36 tahun (dah agak tua) dengan usia mula melewati waktu petang (lum senja kot, heh), tapi saya sendiri terkejut banyak lagi info-info saya masih tidak ketahui walaupun berkenaan sejarah di dalam negara, how interesting. a big THANK U guys pada mereka-mereka yang membuat posting info di sana yer, we appreciate it sangat-sangat (but again bagi sumber info k).
namun, yang sedihnya, info-info yang anda semua di sini klasifikasikan sebagai 'karut', melampau', 'ntah apa-apa' dsb, thread ITULAH yang kita semua buat posting reply beramai-ramai memberikan semacam suatu galakan. ada tu yang membuat reply hanya "huhuhu", ataupun "hehehe" sahaja, mohon kerjasama di sini juga ok
Quote:
Originally Posted by Cik Mal
kalau nak serikan ehoza...ermm..semua ahli kena participate la...tang thread2 over hot, aku baru perasan ada butang report...pasni aku report hari2 ye
Quote:
Originally Posted by aliaman
kte kn ade butang report..kdgr2 sup mod ng mod pn telepas pndang..almaklum la diorg pn ad tanggugnjwb len kn..ng butang report tu la ley wat mod ni detect bnda2 yg x sptutnya ad kn..tq so much kpd korg yg da gunekn butang tu..
ok? roger mr kahar..
yeps, button report ini amat berguna, anda harus faham, kami punyai tanggungjawab-tanggungjawab lain di luar sepertimana anda juga dan adakalanya kami juga tidak lari dari kealpaan serta deria radar. adakalanya tindakan-tindakan yang kami ambil (infraction, ban, teguran dsb) tidak mencemrinkan keadilan mutlak kerana ada yang menerima tindakan-tindakan dari kami menyatakan bahawa mengapa thread-thread lain yang seumpama mereka tidak menerima tindakan, teguran dsb yang sama, kami hanya manusia.
oleh yang demikian, MAKE USE atau GUNAKANLAH SEPENUHNYA button report tersebut dan akan kami adili sesakma mungkin mengadili aduan tersebut.
tegurlah kami di admin jika perlu jika anda rasa 'dizalimi', cuma jaga tatabahasa serta tatacaranya, gunakan tuturcara berhemah tinggi di dalam menegur kami ataupun ketika anda menegur rakan-rakan user di sini, gunakan emoticon, banyak salah faham boleh timbul, its words WITHOUT tonation di sini, itu anda KENA FAHAM sebaik-baiknya
Khemoky minta agar tuan pembuka thread bertanggungjawab atas threadnya. Jangan provoke user2 lain yang berlainan politik. Nak sentuh politik silakan, tapi jangan terlampau extreme. Bak kata kahar, jangan sampai pecahkan perpaduan di dalam ehoza.
Aku juga minta agar semangat kenegerian dikurangkan sikit. Contohnya kalo thread pasal keburukan negeri pahang, janganlah diblame atau provoke orang pahang pula. Jaga hati user lain dan berasa syukur dengan tempat lahir dan asal anda.
Akhirnya, semoga semua orang mematuhi setiap arahan dan rules yang ditetapkan.Juga minta izin mode untuk disapprove atau report thread2 yang menimbulkan rasa tidak puas hati seperti situasi2 dibawah:
-buka thread bergambar, tapi tiada gambar disertakan.
-thread yang terlampau extreme dan menimbulkan provokasi.
-dan lain2 situasi.
My Blogspot Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu. (Al-Mukminuun ayat 71)