Ehoza.com - Let's Get Inspired :: Global Information Community :: - View Single Post - awas !!! tauke hotel rakam aksi panas
View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 09-07-2008, 11:44 AM
XVIEW's Avatar
XVIEW XVIEW is offline
XVIEW Pembangkang Kerajaan
Laksamana Diraja

Userid: 1124
Posts: 5,452

Transfer Points

 
iTrader: (0)
Join Date: Jul 2007
Location: IstanaKu
Thanks: 3
Thanked 52 Times in 33 Posts
Nominated 0 Times in 0 Posts
TOTW/F/M Award(s): 0
Rep Power: 8003
XVIEW has a reputation beyond reputeXVIEW has a reputation beyond reputeXVIEW has a reputation beyond reputeXVIEW has a reputation beyond reputeXVIEW has a reputation beyond reputeXVIEW has a reputation beyond reputeXVIEW has a reputation beyond reputeXVIEW has a reputation beyond reputeXVIEW has a reputation beyond reputeXVIEW has a reputation beyond reputeXVIEW has a reputation beyond repute
Points: 274,017, Level: 74
Activity: 2%
awas !!! tauke hotel rakam aksi panas

KLANG: Pengusaha hotel bajet tertentu di sini dikesan memasang kamera tersembunyi dalam bilik bagi merakam aksi ranjang pelanggan untuk dijadikan cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) panas tempatan.

Video salinan asal rakaman aksi itu dijual RM1,000 hingga RM3,000 kepada tauke VCD dan DVD cetak rompak bergantung kepada kecantikan pasangan wanita.

Ia dibuat ratusan salinan sebelum dijual RM10 hingga RM18 sekeping secara berleluasa kepada orang ramai tanpa disedari ‘pelakon’ terbabit.

Maklumat kegiatan pengusaha hotel terbabit diperoleh hasil siasatan wartawan Harian Metro yang menyamar anggota sindiket cetak rompak.

Melalui penyamaran itu, seorang pemilik sebuah hotel bajet di sini, mendedahkan rahsianya menjalankan kegiatan terbabit, termasuk menunjukkan sebuah bilik khas untuk disewa pasangan terpilih.

Apa yang jelas kelihatan bilik berkenaan dihias cantik berbanding bilik lain.

Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jimmy, 30, memberitahu kamera tersembunyi itu dipasang dalam televisyen dan penghawa dingin yang menghadap katil.

Katanya, pasangan yang bermadu kasih dalam bilik berkenaan tidak dapat mengesan kamera terbabit yang sebesar syiling.

Menurutnya, dia memilih pasangan yang sesuai sebelum merakamkan aksi mereka dan kebanyakannya berusia belasan tahun dan pelajar pusat pengajian tinggi.

“Selalunya saya pilih pelanggan yang bukan saja cantik saja, tetapi ‘pelakon’ yang baik. Malah, aksi di ranjang juga jadi sebahagian ciri dimahukan,” katanya.

Selepas aksi mereka melakukan hubungan **** dirakam, katanya salinan asal video terbabit dijual kepada tauke VCD dan DVD cetak rompak untuk dibuat salinan dan seterusnya dijual kepada orang ramai.

“Satu salinan asal dijual RM1,000 hingga RM3,000, tetapi itu belum lagi royalti setiap keping salinan dijual,” katanya yang mendakwa terpaksa membuat kerja seperti itu bagi menambah keuntungannya walaupun menyalahi undang-undang.

Jimmy mendakwa menerima royalti sekurang-kurang RM5 bagi keping salinan yang dijual.

“Kalau tak percaya pergi beli di kedai VCD dan DVD cetak rompak, mesti ada ini cerita,” katanya mengakhiri perbualan.

Bagi mengesan VCD dan DVD aksi **** pasangan hotel bajet yang didakwa lelaki itu di pasaran, wartawan Harian Metro pergi melakukan tinjauan di beberapa kedai di sekitar Petaling Jaya, semalam.

Melalui pemerhatian, didapati rakaman aksi sumbang terbabit memang dijual kepada umum secara bersiri.

‘ASIA BAGUS VOL 1’ adalah judul DVD lucah yang dimaksudkan Jimmy dan apa yang mengejutkan bahan porno berkenaan boleh diperoleh sehingga 27 episod seperti tercatat pada kulit depannya.

Dipercayai setiap siri membabitkan aksi **** pasangan di hotel dari seluruh negara, termasuk di hotel milik Jimmy.

Pemilik kedai berkenaan yang hanya dikenali sebagai Peter, berkata ‘ASIA BAGUS VOL 1’ laris dijual macam pisang goreng panas.

“Ia aksi **** pasangan yang baik punya dari seluruh Malaysia. Semua ikut negeri...ada pasangan di hotel Klang, Melaka dan Johor. Paling laris dari Melaka, sebab perempuannya cantik,” katanya.

Kata Peter, sekeping DVD dijual sekitar RM10 hingga RM18 mengikut kualiti rakaman video terbabit.

Selepas melihat sendiri kandungan DVD yang dimaksudkan Peter, pasangan ghairah melampias nafsu termasuk remaja Melayu dan Cina tidak menyedari aksi mereka dirakam pihak tertentu untuk tujuan komersial.

Nama negeri dan tarikh rakaman video berkenaan turut dipaparkan.

Awards Showcase
Pingat Darjah Setia 
Total Awards: 1

__________________



Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat, maka ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan kedamaian.....

xview@ehoza.com
Pelaburan Emas Yang Hebat

My Countdown Counting down to: Bonus Time
Reply With Quote
 

Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.3.0