Announcement

Collapse

Coming contests information

Contests information: Thank you all users which took a part. We transferred to winners more than 5000 USD. And it's not all!

Soon, we will launch new contests! All that we can say now, future contests will be only for the most loyal users. So, post comments, attract your friends, write articles and etc.
See more
See less

Kurang ajar !!!!!

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kurang ajar !!!!!

    Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

    Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

    "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

    "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

    "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

    "Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"



  • #2
    hahahahahaha... aku ketawa guling2

    Comment


    • #3
      pagi2 ni ko buat lawak yek anta...

      Comment


      • #4
        senaman yng bagus di bulan puasa sampai ilang tension aku...



        Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat, maka ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan kedamaian.....

        xview@ehoza.com
        Pelaburan Emas Yang Hebat

        Comment


        • #5
          Originally posted by tdara View Post
          pagi2 ni ko buat lawak yek anta...

          saje nk ceriakan keadaan skit pg2 ni dara


          Comment


          • #6

            kelakau, kelakau
            Keep in touch


            Comment

            Working...
            X