Announcement

Collapse

Coming contests information

Contests information: Thank you all users which took a part. We transferred to winners more than 5000 USD. And it's not all!

Soon, we will launch new contests! All that we can say now, future contests will be only for the most loyal users. So, post comments, attract your friends, write articles and etc.
See more
See less

Kelas Bahasa Inggeris (Dewasa) Seremban & Puchong (0166054012 En.Muhammad)

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • JACK MA DAN BAHASA YANG MENGUBAH HIDUP

    Jack-Ma-Forbes

    Jack Ma, mungkin namanya masih asing bagi banyak orang di Indonesia, tetapi bagi para peniaga Jack Ma adalah nama besar. Ia menjadi salah satu orang terkaya di dunia berkat perniagaan onlinenya, alibaba.com.Tapi siapa yang sangka, Jack Ma awalnya adalah seorang guru bahasa Inggeris? Dan sebenarnya, kemampuan berbahasa Inggeris lah yang mengubah jalan hidupnya.

    Jack Ma dibesarkan di Hangzhou, China, sebuah yang memang menjadi destinasi pelancongan terkenal. Untuk belajar bahasa Inggeris sendiri, Jack menghabiskan masa di dekat hotel dan bercakap dengan pelancong asing Pada usia remaja, Jack akan memberikan tour pelancongan percuma dalam bahasa Inggeris untuk pengunjung ke Hangzhou West Lake. Itu adalah di akhir 1970-an awal 1980-an ketika China baru sahaja dibuka untuk perniagaan. Para pelancong itu ke China seperti Alien yang datang dari masa depan. Jack mempunyai akses setiap hari untuk mereka, boleh belajar dari mereka, dari situ ia belajar kehidupan di luar China. Ini mungkin kedengaran lucu hari ini, tapi Cina pada masa itu adalah negara yang sangat berbeza dalam hal kemajuan dan pemodenan.

    Berkat menjadi tour guide free ini, Jack mengenal satu keluarga dari Australia. Jack terus berhubungan dengan keluarga ini dan pada tahun 1985 ketika ia berusia 19 tahun ia menghabiskan satu bulan mengunjungi mereka di Australia. Perjalanan yang mengubah hidupnya. Mengubah cara pandang kita. Ia dibesarkan dengan mendengar bahawa China adalah negara yang hebat, dll. Sementara melihat negara moden yang nyata untuk pertama kalinya membuka matanya, tetapi lebih penting lagi fikirannya. Dari kenalannya di Australia itu, Jack diyakinkan bahawa ia mempunyai potensi.

    Jack masuk ke perguruan tinggi di Hangzhou Teachers University (Sekarang Hangzhou Normal University) di mana dia belajar untuk menjadi Guru Bahasa Inggeris, dan setelah lulus, ia mula mengajar. Anda boleh membayangkan seberapa baik bahasa Inggeris-nya sudah selepas 10 tahun lebih amalan dan belajar. Pada tahun 1995 pada usia 29 ia mengambil perjalanan lain yang akan benar-benar mengubah hidupnya. Ia berangkat ke Amerika Syarikat sebagai penterjemah untuk delegasi perdagangan China ke Seattle. Dalam perjalanan itu ia melihat untuk pertama kalinya Yahoo Portal dan bagaimana pengguna berhubung ke internet. Selepas perjalanan itu ia tahu ia ingin memulakan sebuah syarikat dalam talian di China.

    Dan sejarah mencatat kesinambungan kisah Jack Ma. Dari seorang guru bahasa Inggeris menjadi usahawan handal yang berpengaruh bukan sahaja di Asia tetapi juga di dunia. Jack Ma membawa perubahan bagi negaranya, ia menjadi salah satu "wajah" China moden. Sekarang, bolehkah kita membayangkan Jack Ma tanpa kemampuan berbahasa Inggeris? Mungkin ia tak akan ke mana-mana, mungkin ia akan masih menjadi Ma Yun yang merenungi 2x kegagalannya ikut ujian masuk universiti negeri. Dan kemungkinan besar tidak akan pernah ada alibaba.com.

    Jadi, rakan rakan, masihkah kalian berfikir bahasa Inggeris hanya sekadar alat komunikasi? Bahasa Inggeris, jelas boleh lebih dari itu. Bahasa Inggeris memberi kita jendela untuk melihat dunia dengan cara yang tak terhingga.
    http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

    Comment


    • Kursus B.Inggeris Intensif Sempena Cuti Sekolah ( MUET / SPM / Kerjaya ) >> http://mycambridge.blogspot.my/2016/...-spm-muet.html
      http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

      Comment


      • Belajar bercakap Inggeris adalah antara pilihan yang terbaik dan boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti hidup anda.
        Memang tepat sekali pilihan anda.
        Bukan suatu yang menarik dan bernilai dalam hidup anda untuk mengakses informasi yang orang lain tidak boleh dapati? Bercakap dan menulis surat kepada orang maha penting dalam hidup anda yang bukan senang dihubungi atau didekati oleh orang lain jika seseorang tidak pandai bercakap Inggeris.
        Memberi keyakinan dan menakluk hati orang lain bila sahaja anda membuka mulut anda. Mendapat peluang promosi dan anjakan gaji yang lumayan dalam kerjaya anda dan bersaing dengan sihat bersama rakan seperjuangan yang lain untuk merebut kenaikan pangkat dan jauh mendahului orang lain.
        Sudah pasti anda boleh dapat semua ini jika anda pandai bercakap bahasa Inggeris dengan lancar dan tepat.
        Mendekati diri dengan ilmu dunia

        Apakah yang anda minati? Adakah ia bidang Sains/ Muzik? Komputer? Kesihatan? Perniagaan? Sukan?
        Media massa hari ini – merangkumi saluran internet, televisyen, telefon bimbit - memberi anda input ilmu yang tidak ada batasan dalam apa bidang subjek sekali pun yang anda minati. Bukankah kita semua tahu, kita sedang berada dalam era ledakan teknologi informasi.
        Hanya satu masalah yang wujud. Kebanyakan dari ilmu ini dicatat dan diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.
        Berikut ini adalah antara contoh yang anda boleh guna jika anda menguasai bahasa Inggeris:

        Majoriti dari Laman web dalam internet. Terdapat lebih dari satu billion muka informasi dalam internet. Suatu yang menakjubkan ialah anda hanya perlu belajar satu bahasa sahaja untuk anda melayari dan mengenal hampir semua ilmu yang ada dalam internet.
        Buku — untuk semua subjek, dari seluruh dunia. Membaca buku yang ditulis oleh pakar atau pengarang berbangsa British atau Amerika Syarikat, atau buku bahasa tempatan lain yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Apa sahaja bidang yang anda minati, anda boleh membacanya dalam bahasa Inggeris.
        Surat khabar. Hanyalah majalah dan surat khabar bahasa Inggeris sahaja dapat diperolehi di semua tempat di dunia ini. Anda tidak perlu mencari Time, Newsweek, or the International Herald Tribune!
        Sains. Inggeris adalah teras kepada perkembangan Sains di seluruh dunia. Dalam tahun 1997, 95% dari journal dan artikel Sains ditulis dalam bahasa Inggeris. Dari semua ini, hanya 50% ditulis oleh pengarang dari negara berteraskan bahasa Inggeris seperti USA dan Britain.
        Lapuran berita. Menonton berita dari rangkaian televisyen antarabangsa seperti CNN International dan NBC. Mereka menyiarkan berita yang lebih pantas, lebih profesional berbanding dengan rangkaian penyiaran kebangsaan yang kecil. Paling menarik sekali, anda dapat menonton berita mereka di semua negara di dunia ini.
        Komunikasi dengan orang lain. Kami sering mengaitkan Inggeris sebagai “Bahasa Komunikasi Dunia” . Apa sebabnya? Sebabnya semua orang di dunia ini bersetuju untuk bercakap sesama satu dengan lain dalam Bahasa Inggeris.
        Fikirkan, lebih dari 1.5 Billion orang di dunia ini bertutur dengan bahasa Inggeris. Satu billion yang lain pula aktif mempelajari bahasa dunia ini.
        75% dari poskad dan surat di dunia ini ditulis dengan menggunakan Inggeris.
        Hampir semua persidangan antarabangsa dan pertandingan dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Contohnya, Olimpik dan pertandingan ratu cantik dunia.
        Duta dan ahli politik dari semua negara mengguna bahasa Inggeris untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Inggeris adalah bahasa utama Bangsa Bangsa Bersatu, NATO dan Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah

        Anda akan dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, jika anda:

        Menghubungi orang dari seluruh dunia. Bercerita dan bertukar pendapat dengan melibatkan diri dalam perbualan virtual melalui bilik forum atau chatting room di internet. Hantar email kepada orang yang penting dan belajar budaya hidup mereka.
        Melancung dengan lebih mudah. Di mana anda pergi, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan mudah. Lebih dari 100 negara di dunia ini mengguna Inggeris diguna sebagai bahasa pengantara. Bertanya arah , berbual, atau …. Meminta tolong. Manalah anda tahu, Inggeris akan menyelamatkan nyawa anda suatu hari nanti.

        Menolak kerjaya anda ke depan

        Jika anda mahukan kerja yang baik dalam perniagaan mahupun bidang Sains dan Teknologi, bangunlah dari kerusi sofa anda mulalah belajar Inggeris. (Jika anda telah mempunyai kerja yang baik, mulalah belajar Inggeris agar anda tidak kehilangan kerja anda)
        Jelas sekali, Inggeris akan membantu anda:

        Paparkan "Penguasaan Inggeris yang cemerlang" dalam biodata anda. Dapatkan kerja impian anda dan nikmati pendapatan yang lumayan.
        Dapat ilmu teknikal. Inggeris adalah bahasa teknologi, terutamanya teknologi berstatus tinggi seperti komputer sains, genetik, dan perubatan. Jika anda ingin membaca maklumat dalam bidang teknologi, kemungkinan besar anda perlu mengguna bahasa Inggeris.
        Belajar Sains Komputer. Membaca petikan teknikal tanpa sebarang masalah, atau menulis petikan anda sendiri.
        Menjadi usahawan bertaraf dunia. Mudah sekali, perniagaan antarabangsa sentiasa dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Dan kebanyakan dari perniagaan hari ini bersifat antarabangsa. Jadi, jika anda mahu berkecimpung dalam arena ini, anda perlu mengetahui bahasa Inggeris untuk berhubung dengan ahli perniagaan yang lain, untuk berbincang dan bermesyuarat, membaca surat khabar dan majalah perniagaan dan mendapat maklumat perniagaan dunia.
        Menjadi seorang Saintis yang hebat. Berhubung dengan Saintis dari negara lain, menghadiri persidangan sains sedunia, melawat pusat akademik di luar negara. Membaca laporan Sains yang terkini dan mengenal penemuan terbaru dalam majalah atau buku.
        Mengguna komputer anda dengan lebih produktif. Kebanyakan dari arahan aplikasi komputer adalah dalam bahasa Inggeris, jadi anda akan dapat memahami dengan mudah dan menjadi seorang kakitangan yang lebih cemerlang.
        Belajar kemahiran dalam perniagaan. Anda mudah menguasai kontrak perniagaan dan tidak mudah ditipu oleh orang lain.

        Menikmati kesenian/hiburan dengan lebih sensasi

        Inggeris akan membolehkan anda menikmati budaya setiap negara di dunia dengan lebih mendalam berbanding dengan bahasa lain. Dengan menguasai Inggeris dalam hidup, anda akan dapat melakukan berbagai perkara yang menarik seperti berikut :

        Menonton tayangan American dan British yang original. Bila anda telah menikmati yang asal , anda tidak akan kembali ke versi rakaman!
        Membaca buku-buku yang hebat. Setiap buku yang hebat ditulis dalam bahasa Inggeris atau ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Bilangannya cukup menakjubkan —dari cerita klasik seperti Hamlet ke cerita yang menggegarkan jiwa seperti Jurassic Park.
        Lebih menikmati muzik Inggeris. Percayalah , anda akan menghargai dan menghayati muzik dengan lebih mendalam kalau anda memahami perkataannya.

        Inggeris amat mudah dipelajari

        Inggeris bukan sahaja bahasa yang paling mudah dipelajari di dunia ini, ia juga satu dari bahasa yang paling berguna di dunia.

        Huruf yang ringkas dan mudah— Tidak ada huruf istimewa seperti é or ä. Taip perkataan Inggeris seperti sweet, part, film pada komputer anda. Sekarang cuba süß (German), (Polish), (Russian). Manakah yang mudah?
        Bilangan majmuk yang mudah— Hanya sekadar menambah s pada hujung perkataan. One car, five cars; one telephone, two telephones... Hanya beberapa perkataan yang mempunyai keistimewaan luar biasa.
        Perkataan yang mudah dipelajari. Dalam France, ia dipanggil la fille dan chien. Di German, ia adalah das Mädchen and der Hund. Dalam bahasa Inggeris , mereka memanggil a girl dan a dog. Itul saja yang anda perlu tahu.
        Perkataan yang pendek. Kebanyakan dari perkataan yang sering diguna adalah pendek dan mudah ditulis seperti: run, work, big, go, man. Perkataan panjang akan dipendekkan; contohnya sitcom = situational comedy, fridge = refrigerator, OS = operating system. Speaking English saves you time. :-)
        Perkataan yang kekal abadi. Tetapi dalam kebanyakan bahasa lain, satu perkataan boleh membawa berbagai-bagai makna.:
        English: The man is blind.
        German: Der Mann ist blind.
        English: This is a blind man.
        German: Das ist ein blinder Mann.
        English: I see a blind man.
        German: Ich sehe einen blinden Mann.
        Panggil setiap orang dengan "you". Anda boleh berkata, "Do you speak English?" kepada kawan anda atau cikgu anda. Dalam bahasa lain, anda perlu guna perkataan yang betul dengan orang yang betul. Dalam Inggeris, setiap orang adalah sama.:-)
        Inggeris ada di merata tempat. Anda dapat memperoleh maklumat dalam bahasa Inggeris secara terus dari rancangan TV yang berteraskan Inggeris , muzik, laman web , majalah dan lain-lain. Anda tidak perlu membaca dari buku teks yang membosankan. Anda boleh belajar dan mempraktis Inggeris anda pada masa yang sama. Mengguna Inggeris dalam kehidupan harian anda adalah penting kerana ia akan mendorong semangat anda untuk mempelajari bahasa ini.

        Mencapai kepuasan

        Inggeris bukan sahaja membawa manfaat dalam berbagai aspek — ia juga memberi kepuasan untuk anda:

        Seronok melihat perkembangan diri. Kami tidak akan lupa saat anda dapat menonton siri bahasa Inggeris atau membaca majalah dengan mudah.
        Anda akan seronok menikmati Inggeris, jika anda tahu setiap usaha yang anda curahkan mendekatkan diri anda pada tahap yang lebih baik.
        Seronok mengguna bahasa Inggeris, kerana setiap ayat yang anda sebut atau tulis mengingatkan diri tentang kejayaan anda.

        Inggeris akan jadikan anda seorang yang lebih berkuasa, lebih gembira. Tidak sukar untuk anda membayangkan situasi tertentu yang membolehkan anda mengguna Inggeris dengan perasaan ceria dan gembira.

        Kami berharap, dengan bantuan dari kami, perkembangan Inggeris anda akan memberi kepuasan yang tidak terhingga dalam hidup anda. Ramainya orang yang telah mengguna cara kami telah menyaksikan perkembangan yang positif dalam penguasaan Inggeris dalam hidup mereka.
        http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

        Comment


        • Apakah perbezaan antara see,look dan watch?

          SEE

          See adalah perkataan tidak aktif. Bila mata kita buka, kita akan terus nampak tanpa memikirkannya.

          See juga digunakan untuk memberitahu yg kita faham sesuatu.

          I see a yellow car near the shop.

          I see what you mean.


          LOOK

          Look adalah aktif.Kita mesti mahu melakukannya untuk jangka masa pendek atau sesuatu yg perlukan

          perhatian.

          Let's look at the cake again.

          Look if they have the book.

          Look out for pickpockets.


          WATCH

          juga perkataan aktif. Ianya mesti sesuatu yg ingin kita lakukan tetapi utk jangka masa lama.

          Let's watch that movie.

          Mimi loves to watch tennis.





          Look, see or watch(ing)? Choose the correct answer.

          1.Do you want to _ a movie with me?

          2.I will _ for your purse.

          3. I _ he left his bag on the sofa.

          4.I _ a cat looking for food.

          5. Did you _ the news last night?

          6. _ out for that bike!

          7.We love to _ the sunset in Bali.

          8. Did you _ my blue bag?

          9. _ you tomorrow at the wedding.

          10. I am _ football later with Ahmad.

          Answer:

          1.watch 2.look 3.see 4.see 5.watch 6.look 7.watch 8.see 9.see 10.watching
          http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

          Comment


          • Originally posted by AinKaoruWong View Post
            to, into, from, out from to - ke into - ke dalam from - dari out from = keluar dari contoh : he walks to the door - dia berjalan ke arah pintu he walks into the room - dia berjalan ke dalam bilik he walks from his house - dia berjalan dari rumahnya he walks out from the toilet - dia berjalan keluar dari tandas.
            Thép dụng cụng gia công nguá»™i, thép lò xo uy tÃ*n chất lượng số má»™t tại HCM.
            Chất Liệu:
            • SK4 - W110 - DIN1.145 - D3 - SKD1 -1.2080
            • Cr12 - STD1 - D5 - SKD11 - SKS41 - S1
            • DIN1.2550 - STD1 - SKS3 - 9CrWMn - O1…
            Tiêu Chuẩn:
            • JIS G4404 - AISI - DIN 1.145 - DIN1.2550 - GB/T 1299 - KS D3751 - DIN1.7350
            KÃ*ch ThÆ°á»›c :
            • Thép tròn đặc : Đường kÃ*nh Ф10 - Ф350mm
            • Thép thanh : Độ dÃ*y : 16 - 400mm
            • Chiều rá»™ng : 610 - 1,200mm
            • Chiều dÃ*i : 2,000 - 5,800mm hoặc theo yêu cầu của khách hÃ*n
            Xuất Xứ: Trung Quốc - HÃ*n Quốc - Nháº*t - ĐÃ*i Loan - Malaysia - Châu Âu
            Công Dụng: Thép dụng cụng gia công nguá»™i có Ä‘á»™ cứng cao, Ä‘á»™ bền tốt, cường Ä‘á»™ nén vÃ* chống mÃ*i mòn cao, được sá»* dụng trong lÃ*m khuôn dáº*p nguá»™i, dáº*p cán, kéo, cắt chân kim loại vÃ* lÃ*m trục cán, công cụ, chi tiết Ä‘á»™t dáº*p, đầu máy, bánh lái...
            Thép dụng cụng gia công nguá»™i có Ä‘á»™ cứng cao, Ä‘á»™ bền tốt, cường Ä‘á»™ nén vÃ* chống mÃ*i mòn cao, được sá»* dụng trong lÃ*m khuôn dáº*p nguá»™i, dáº*p cán, kéo, cắt chân kim loại vÃ* lÃ*m trục cán, công cụ, chi tiết Ä‘á»™t dáº*p, đầu máy, bánh lái..
            CÔNG TY TNHH ĐẦU TƯ THƯÆ*NG Máº*I Dá»*CH VỤ STEEL THÁI HOÀNG
            • Số 35 Đường Tân Trụ, Phường 15,Quáº*n Tân Bình, Tp.HCM
            • Lầu 09, số 68 Nguyá»…n Huệ, Phường Bến Nghé, Quáº*n 1,Tp.Hồ ChÃ* Minh
            • 084.8.62 883 067

            Comment


            • Bila nak guna much dan bila nak guna many?

              When to use much and when to use many?
              ●Kita gunakan much utk uncountable noun (kata benda yang tidak boleh dikira)
              - milk, sugar, money, time
              ●Kita gunakan many utk countable noun (boleh dikira)
              - minutes, ringgit, bottles of milk, can of drinks

              Example:
              How much money does he have?
              How many hours does it take to go to London?

              Choose many or much.
              1. How _ brothers do you have?
              2.How _ cars were stolen last year?
              3. How _ coffee do you drink a day?
              4. How _ money does he need?
              5. How _ cats do they have?
              6. How _apples did you buy?
              7. How _ trees are there in the park?
              8. How _clothes should I bring?
              9. How _ paintings does he have?
              10. We saw _ animals at the zoo.


              Answers:
              1.many 2.many 3.much 4.much 5.many 6.many
              7.many 8.much 9.many 10.many
              http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

              Comment


              • Pada blog update kali ini saya akan menerangkan cara untuk apply ke universiti luar negara terutamanya kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke United Kingdom memandangkan ada beberapa readers blog ini yang bertanya melalui email cara-caranya. So, untuk memudahkan, saya akan update di sini ye.

                Dulu, saya menggunakan keputusan matrikulasi untuk apply ke United Kingdom dan telah berjaya menerima 4 tawaran daripada universiti-universiti terkemuka dunia.

                Baru-baru ini saya telah menerima satu lagi tawaran daripada University of Nottingham dalam bidang Biochemistry and Molecular Medicine. So that makes it the fourth offer overall.

                Sayangnya one of my applications is rejected sebab Matrikulasi tidak diterima oleh universiti tersebut (Exeter College, university of Oxford)

                Dalam blogpost kali ini, saya akan menjawab segala (takla semua hehe) persoalan yang telah diajukan dalam email. Most of the questions adalah mengenai bagaimana melanjutkan pelajaran ke luar negara, cara mengisi UCAS dan sebagainya.

                Q(Question)
                A(Answer)

                Q: "Matrikulasi diterima @ diiktiraf ke di UK?"
                A: Selain STPM, A-Level, International Baccauleurette, dan UEC, sijil Matrikulasi juga boleh dijadikan tiket ke UK! Sijil matrikulasi sudah mendapat pengiktirafan di beberapa universiti terkemuka di UK.

                here are some universities yang mengiktiraf pelajar lepasan matrikulasi

                University of Manchester
                University of Birmingham
                University of Nottingham
                Queen's University, Belfast.
                University of Bristol
                University of Westminster
                University of York
                University of Surrey
                University of Suxxex
                University of Reading
                Hartpury College
                Birkbeck, University of London
                University of Reading
                University of Portsmouth
                Canterbury Christ Church University
                Lancester University
                Aberystwyth University
                Cardiff Metropolitan University
                London Metropolitan University
                Anglia Ruskin University
                Erudio College
                University of Huddersfield

                and the list goes on..... yang lain research sendiri ye hehe. So jangan pandang rendah sijil Matrikulasi ni! Kalau dapat tawaran study di Matrikulasi selepas SPM, grab that chance.


                Q: "macam mana abg apply overseas? sy dpat jugak sijil 1119 tp x la sebagus keputusan abg. "
                A: Saya apply ke UK melalui sistem yang dinamakan UCAS. UCAS merupakan universities entrance system yang sama seperti UPU kementerian Pelajaran Malaysia yang menempatkan pelajar di universiti. Yang membezakan dengan UPU, UCAS boleh digunakan oleh pelajar antarabangsa juga namun UPU hanya diterhadkan kepada pelajar Malaysia sahaja.

                Kalau yang berminat nak study di UK tu, click https://www.ucas.com/ucas/undergraduate/register untuk apply menggunakan UCAS.

                keputusan English 1119 semasa SPM dahulu juga berguna jika ingin melanjutkan pelajaran ke UK sebab English 1119 merupakan standard English yang diiktiraf oleh Cambridge English. Saya memperoleh gred 2A dalam English 1119 ini (yang terbaik adalah 1A). Skor anda sekurang-kurangnya perlu C ke atas ye.

                Kalau anda skor English 1119 dengan baik, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk duduk untuk IELTS or TOEFL. Jangan ingat English tak penting ye.

                Namun, bukan setiap universiti di UK menerima English 1119 ini, ada yang hanya menerima IELTS dan TOEFL sahaja. Oleh itu, rajinkanlah diri untuk semak entry requirement di website universiti ye. Here are some links to universities in UK and their English entry requirements (yang menerima English 1119)

                Uni. of Sheffield : https://www.sheffield.ac.uk/undergra...licies/englang
                Uni. of Manchester : http://www.manchester.ac.uk/study/in...sia.htm?page=2
                Uni. of Birmingham : http://www.birmingham.ac.uk/undergra...nal/index.aspx
                Uni. of Southampton : http://www.southampton.ac.uk/uni-lif.../malaysia.page
                Staffordshire Uni : http://www.staffs.ac.uk/internationa...ents/malaysia/
                Plymouth Uni : https://www.plymouth.ac.uk/internati...y-requirements
                Cardiff Uni : http://www.cardiff.ac.uk/for/prospec.../malaysia.html
                Uni. of Leicester : https://le.ac.uk/student-life/intern...nts/equivalent
                Uni. of Surrey : http://www.surrey.ac.uk/undergraduat...tries/malaysia
                City Uni London : http://www.city.ac.uk/international/my-country/malaysia
                Uni. of Lincoln : http://www.lincoln.ac.uk/home/intern...hrequirements/
                Lancester University : http://www.lancaster.ac.uk/study/int...ualifications/
                Uni. of Brighton : https://www.brighton.ac.uk/internati.../malaysia.aspx
                Oxford Brookes Uni : https://www.brookes.ac.uk/internatio...tion/malaysia/
                Imperial College London : https://www.imperial.ac.uk/study/pg/...ments/english/
                Uni. of Nottingham : https://www.nottingham.ac.uk/ugstudy...uirements.aspx

                p/s: yang lain cari sendiri ye, ni je yang mampu dikorek hehew.


                Q: "Filling in the UCAS is not easy. Oh! How about the payment? How do you pay? And how much do you pay? In MYR."
                A: Yes, filling the UCAS was not easy for me too. for the payment, if you have chosen only ONE university, the amount that you should pay is Rm77.28(£12) while as for multiple choices, the amount you will have to pay is RM 148.12 (£23). depending on the rate. The only payment channel is through Credit or Debit card. make sure you have enough balance before paying for your application.
                (rate currency yang digunakan pada masa ni ialah pada Jan 2016)


                Q: "I want to ask about the education section. How do you fill in the section? Do you put your spm result also? And what is the awarding bodies for foundation? I really don't know how to fill the section in"
                A: Yes, i did put my SPM result. After you have sent your application, the chosen universities will require you to send them the scanned copy of your SPM result. this is mainly for checking your 1119 English result as some universities accept 1119 English. if you have passed the minimum requirement for English, then you do not have to sit for IELTS or TOEFL. as for awarding bodies, for foundation. i think it is similar to matriculation which is MOE.


                Q: One more help. The section for reference. The organisation name for our referee. What should I put? If she is my college tutor then her organisation name will be College?
                A: Yes, you should put your college name. All the best for your application and don't hesitate to ask if you have any question.


                Q: "Berapa minimum CGPA nak apply ke luar negara?"
                A: Kalau nak lebih selamat, skor CGPA above 3.50 ye. Tak kira Matrikulasi atau STPM
                Sebab banyak lagi saingan daripada pelajar antarabangsa yang lain. Apabila kuota sudah penuh, universiti akan tutup pengambilan bagi pelajar antarabangsa.


                Q: "boleh guna results bmat (UMAT Uni Malaya) utk uni di uk jugak?"
                A: Kurang pasti sebab tidak pernah mengambil ujian tersebut, namun jika anda mahu melanjutkan pelajaran dalam Perubatan atau bioperubatan di UK, BMAT merupakan salah satu ujian saringan sebelum layak masuk ke peringkat temuduga. Biasanya universiti-universiti tersebut akan ada ujian BMAT mereka yang tersendiri seperti Universiti Malaya iaitu UMAT. Namun saya kurang pasti jika keputusan UMAT dari Universiti Malaya boleh digunakan di luar negara. Jika berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di UK, elok untuk menyemak dengan tutor respective university.


                Q: "Kalau nak belajar di UK, visa dan passport jenis mana yang sesuai?"
                A: Okay, yang ni saya belum expert sangat sebab belum lagi sambung study di luar. Namun, sebelum menjejakkan kaki ke luar negara, saya telah membuat research mengenai Student Visa yang patut dimohon oleh pelajar Malaysia.

                Anda perlu memiliki UK Tier 4 student visa

                Sebelum apply visa, kena ada 40 points. Nak dapat dari mana 40 points ni?

                Anda akan menerima 30 points jika anda sudah mempunyai surat tawaran belajar daripada salah satu universiti di UK yang mempunyai pengiktirafan oleh UK Visa dan Immigration UK (UKVI). Selain itu, universiti yang menawarkan anda tawaran belajar mestilah sudah diiktiraf dan diberi High Trusted Status (HTS) oleh Immigration UK (UKVI).
                http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

                Comment


                • Apa itu tenses?
                  Tenses
                  Tenses adalah sebuah konsep untuk menunjukkan masa, kesinambungan, sesuatu yang telah tamat secara total, tindakan atau keadaan berkait dengan masa ianya digunakan(ketika bercakap/berbual).
                  Ramai yg keliru bentuk2 masa, cara guna dan makna tenses itu sendiri. English ada 12 bentuk masa yg terdiri dari 3 bentuk masa utama:
                  Masa/time:
                  past = waktu yg telah berlalu
                  present = sekarang atau sesuatu yg sedang dilakukan setiap hari/kebiasaan
                  future = masa akan datang
                  Terdapat 2 aspek dlm bentuk masa ini:
                  Progressive:
                  tindakan yang belum selesai
                  Perfective:
                  Tindakan atau keadaan yg telah selesai/tamat.
                  progressive aspek membawa "continuous" tenses iaitu:
                  past continuous
                  present continuous
                  future continuous
                  perfective membawa "perfect tense":
                  past perfect
                  present perfect
                  future perfect
                  Bila 2 aspek ini digabung, kita akan dapat :
                  past perfect continuous
                  present perfect continuous
                  future perfect continuous.
                  Contoh:
                  Present simple:
                  I do
                  Present continuous:
                  I am doing
                  Present perfect:
                  I have done
                  Present perfect continuous:
                  I have been doing this
                  Past simple tense:
                  I did
                  Past continuous:
                  I was doing
                  Past perfect:
                  I had done
                  Past perfect continuous:
                  I have been doing
                  Future simple:
                  I will do
                  Future continuous:
                  I will be doing
                  Future perfect:
                  I will have done
                  Future perfect continuous:
                  I will have been doing
                  http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

                  Comment


                  • Pemendekkan perkataan atau contraction

                    Ramai yang hubungi saya memberitahu yang mereka faham kebanyakkan maksud dalam penggunaan harian apabila membaca, tetapi apabila mereka menonton movies atau perlu bercakap dengan mereka yang lebih fasih atau orang luar yang berbahasa Inggeris, mereka tidak faham apa yang diminta, dialog atau dibualkan.

                    Ini kerana kebanyakkan mereka yang fasih atau mereka yang memang berbahasa Inggeris seperti orang Amerika atau British menggunakan contraction dalam bahasa harian mereka. Bila anda mula belajar, mungkin agak sukar untuk faham atau tahu yang mereka menggunakan contraction kerana tidak biasa mendengarnya.

                    Kenapa contraction adalah bagus untuk anda gunakan?

                    Contraction adalah penting jika anda mahu berbunyi lebih natural.
                    Contraction boleh membantu anda bercakap dan mendengar kerana ianya adalah sukar untuk ditangkap dan jika anda sendiri tidak menggunakannya, adalah sukar untuk tahu jika sesuatu perkataan itu adalah contraction.

                    Ini adalah contoh formal contraction (dalam buku teks, surat khabar, bahan penulisan dsbgnya):
                    I'm = I am
                    can't = can not
                    don't = do not
                    dan lain2

                    Contoh informal contraction yang biasa digunakan (perbualan, menulis di fb, social media):
                    gonna = going to (I'm gonna go shopping later = saya akan pergi shopping nanti)
                    wanna = want to ( I wanna eat = saya nak makan)
                    whatcha = what are you (whatcha doin'? =awak buat apa?)
                    kinda = kind of (I'm kinda hungry = saya agak lapar)
                    gotta = got to ( I gotta go = saya kena pergi)
                    gimme = give me ( can you gimme a ride? = bolehkah awak tumpangkan saya?)
                    doncha/donchu = don't you (doncha/donchu have anything better to do? = awak tak ada benda yg lebih baik nak buat?)
                    http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

                    Comment


                    • Buku Better English Series: Better Sentence Writing in 30 Minutes a Day - RM25


                      SINOPSIS / DESCRIPTION:

                      Do your sentences run longer than a page of this book? Or do they hang in the air, waiting for a subject, an object or some punctuation to finish them off?
                      This easy-to-use guide to sentence writing not only teaches you how to overcome run-ons and sentence fragments but all of the sentence construction obstacles encountered by anyone who needs to master (or remaster) the English language…without making you do a single dreaded diagram! You’ll learn a sentence-combining approach to writing that goes beyond helping you avoid errors by teaching you how to create good sentences with variety and style. You’ll also find:

                      Clear discussions of rules and strategies for good writing.
                      Easy-to-understand explanations and plenty of exercises, from fill-in-the-blank to transforming short sentences into longer and more graceful combinations.
                      An answer key at the back of the book to encourage you to work at your own pace and check your answers as you go.

                      Even if you can’t spare 30 minutes a day to learn how to write brilliant sentences, Better Sentence Writing in 30 Minutes a Day allows you to custom-design your learning to take as little as five minutes a day Like its companion guides in the Better English Series–Better Grammar in 30 Minutes a Day, Better Punctuation in 30 Minutes a Day, and Better Vocabulary in 30 Minutes a Day– this book is just what the teacher ordered!
                      Do your sentences run longer than a page of this book? Or do they hang in the air, waiting for a subject, an object or some punctuation to finish them off?
                      This easy-to-use guide to sentence writing not only teaches you how to overcome run-ons and sentence fragments but all of the sentence construction obstacles encountered by anyone who needs to master (or remaster) the English language…without making you do a single dreaded diagram! You’ll learn a sentence-combining approach to writing that goes beyond helping you avoid errors by teaching you how to create good sentences with variety and style. You’ll also find:

                      Clear discussions of rules and strategies for good writing.
                      Easy-to-understand explanations and plenty of exercises, from fill-in-the-blank to transforming short sentences into longer and more graceful combinations.
                      An answer key at the back of the book to encourage you to work at your own pace and check your answers as you go.

                      Even if you can’t spare 30 minutes a day to learn how to write brilliant sentences, Better Sentence Writing in 30 Minutes a Day allows you to custom-design your learning to take as little as five minutes a day.Like its companion guides in the Better English Series–Better Grammar in 30 Minutes a Day, Better Punctuation in 30 Minutes a Day, and Better Vocabulary in 30 Minutes a Day– this book is just what the teacher ordered!




                      Berminat untuk beli ?

                      KLIK DISINI UNTUK BELI > http://www.mudah2u.co.vu/2014/06/lam...-rm60-shj.html
                      http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

                      Comment


                      • Buku Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu - RM15


                        SINOPSIS / DESCRIPTION:

                        Buku pertama yang menampilkan padanan peribahasa dan ungkapan Inggeris dengan peribahasa dan ungkapan melayu. Walaupun peribahasa dan ungkapan yang diungkap dalam Bahasa yang berbeza namun sesetengahnya membawa maksud yang sama. Buku ini sesuai untuk kegunaan penterjemah, penulis, pengajar, pelajar dan penyelidik sebagai bahan rujukan dan kajian.

                        Ciri-ciri istimiewa:


                        Menampilkan 191 kata masukan (termasuk 114 entri bertakrif)
                        Dilengkapi takrifan, ayat contoh dalam Bahasa inggeris dan terjemahan dalam Bahasa Melayu serta ilustrasi
                        Menggunakan sistem kata kunci bagi memudahkan pengguna untuk mencari peribahasa yang dikehendaki
                        Disertai glosari Inggeris Melayu supaya pengguna dapat memahami maksud perkataan sukar yang terkandung dalam peribahasa dan ungkapan.





                        Berminat untuk beli ?

                        KLIK DISINI UNTUK BELI > http://www.mudah2u.co.vu/2014/06/per...e-control.html





                        TERIMA KASIH
                        http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

                        Comment


                        • Buku Senangnya Cakap Inggeris: Tingkatkan Nilai Diri Melalui Komunikasi - RM25


                          SINOPSIS / DESCRIPTION:


                          Buku "Senangnya Cakap Inggeris : Tingkatkan Nilai Diri Melalui Komunikasi" ini dihasilkan atas ilham atau inspirasi penulis untuk berkongsi pengalaman beliau dalam menguasai bahasa Inggeris sebagai anak luar bandar yang tiada pendedahan akan kepentingan bahasa Inggeris pada ketika itu. Penulis yang juga seorang pensyarah, menekankan tentang konsep bahasa seperti bahasa Inggeris yang merupakan kemahiran insaniah. Penguasaan dalam bahasa Inggeris boleh menambah nilai atau 'saham' diri setiap individu dalam pelbagai bidang. Seterusnya, menghadapi cabaran berbahasa Inggeris sebagai seorang pelajar luar bandar yang berpindah ke sekolah berkategori mission school di Kuala Lumpur.Penulis secara langsung menceritakan pelbagai strategi yang digunakan untuk menguasai bahasa Inggeris dan seterusnya mengurangkan cabaran yang dihadapi sepanjang zaman sekolah dan kerjaya beliau.

                          Intipati buku ini meliputi strategi 5B yang dirangkumkan secara menyeluruh berdasarkan pengalaman penulis. Setiap strategi disertai dengan contoh-contoh yang praktikal di samping ulangkaji asas tatabahasa dalam bentuk jadual yang mudah difahami. Strategi 5B sesuai untuk semua peringkat umur, iaitu dari peringkat sekolah rendah hinggalah individu yang mempunyai kerjaya. Para ibu bapa juga boleh memulakan strategi 5B dalam kalangan anak-anak. Buku ini turut memuatkan beberapa ilustrasi kartun yang menarik sebagai contoh perbuatan asas dalam kehidupan seharian. Secara keseluruhannya, buku ini sangat sesuai bagi para pembaca yang memerlukan ilham untuk menjadi minat dan yakin dalam menguasai bahasa Inggeris.


                          Berminat untuk beli ?

                          KLIK DISINI UNTUK BELI > http://www.mudah2u.co.vu/2014/06/blo...masuk-pos.html





                          TERIMA KASIH
                          http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

                          Comment


                          • Buku Panduan BelajarBahasaCina - RM20


                            SINOPSIS / DESCRIPTION:

                            “We welcome you to Belajar Bahasa Cina together!”
                            “Our Mission is to help you master Mandarin for daily conversation, workplace and academic purpose.”
                            - Vincent BBC & Eng Jia Ming



                            Berminat untuk beli ?



                            KLIK DISINI UNTUK BELI >> http://www.mudah2u.co.vu/2017/01/bel...cina-rm20.html











                            TERIMA KASIH
                            http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

                            Comment


                            • English Fast & Easy 3: Useful Idioms & Phrases for Work and Everyday Life - RM30


                              Buku English Fast & Easy 3: Useful Idioms & Phrases for Work and Everyday Life - RM30


                              SINOPSIS / DESCRIPTION:


                              Too busy to study?
                              Learn the idioms and phrases you need for work, school and everyday life.
                              Learn clearly. Learn easily. Learn fast.

                              This book makes it easy to learn idioms and phrases because:

                              Cartoon stories make the meanings clear
                              Examples show how to use the idioms and phrases
                              Review exercises help you remember


                              The Best-selling English Fast and Easy series has helped 50,000 people speak better English



                              Berminat untuk beli ?

                              KLIK DISINI UNTUK BELI > http://www.mudah2u.co.vu/2014/06/pel...lang-rm25.html





                              TERIMA KASIH
                              http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

                              Comment


                              • Jadual Peperiksaan MUET 2017
                                .

                                KALENDAR MUET 2017

                                Tarikh Pendaftaran Dibuka Tarikh Pendaftaran Ditutup Tarikh Ujian Speaking Tarikh Ujian Bertulis

                                Sesi Mac 1 November 2016 9 Januari 2017 13. 14, 15, 16, 20, dan 21 Februari 2017 11 Mac 2017


                                Sesi Julai 15 Mac 2017 11 Mei 2017 11, 12,13, 17, 18, dan 19 Julai 29 Julai 2017


                                Sesi November 2 Jun 2017 1 Ogos 2017 4,5, 9 10. 11. dan 12 Oktober 4 November 2017




                                Nota : Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN



                                Tuisyen persediaan MUET boleh dirujuk disini >> http://www.MyCambridge.blogspot.my





                                .
                                http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

                                Comment

                                Working...
                                X